Showing posts with label gorgeous time. Show all posts
Showing posts with label gorgeous time. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Surprise Besday Party for Hubby (AND NOT GET CAUGHT!)

"Holding a surprise birthday party can be a lot of fun, but it can also be a headache if you don’t use proper planning".

Untuk pertama kalinya dalam 24 tahun ini, 31 Ogos 2012 adalah surpise birthday party pertama yg Ara organize  dengan bantuan sepenuhnya oleh my sweet cousin, Nonie, and hubby's friends, Bro Poji, Syuk, Bulat, Fazrul and Abg Yong. Frankly speaking, hanya Allah yg tahu betapa nervous nya nk memikirkan tentang decoration, cara nak hubby  keluar dari rumah for a while (supaya Ara boleh decorate our smallville), how to invite all hubby's friends (since Ara tak kenal rapat dengan mereka), makanan yg sesuai dan yg senang nak sediakan dan lain lain lain lain lagi!

Selama seminggu Ara google-ing "how to organize a surprise birthday party", "kejutan hari lahir untuk suami" bla bla bla. Then, Ara campur-adukkan semua tricks and steps dan susun atur semula in proper ways. Bagi yg sedang merancang untuk mengadakan kejutan hari lahir untuk yg tersayang, steps ini mungkin dapat membantu anda serba sedikit :)

STEP 1: SIAPA YG ANDA HENDAK SURPRISE KAN?
Well, inilah soalan pertama yg anda harus jawab kerana tidak semua orang yg suka dengan surprise party ini. So make sure you choose your "victim". 
Alhamdulillah 'sama tua' (Amnan) Ara memang sangat sukakan surprise. Years ago Ara pernah minta kawannya letakkan Sembonia wallet atas katilnya as his birthday gift. Dan pernah kirim hadiah kepada my adik ipar dan minta tolong dia kasi hadiah kepada my husband (masa tu still my boyfriend :D)

STEP 2: TETAPKAN TARIKH UNTUK PARTY DAN MASA YG SESUAI.
Ini memang last minute kerja. Wee~ 2 hari sebelum party barulah Ara decide untuk buat party ni. Why? Perkara yg paling menganggu-gugat keyakinan adalah untuk menghubungi kawan2 Amnan. Sebab sy pemalu orangnya :D Tarikh yg paling sesuai ialah pada 31 Ogos 2012, jam 9 malam. Malam lebih sesuai untuk mengadakan surprise birthday party dan lebih syok sebab boleh tutup2 lampu bagai dan kemudian sama2 jerit "HAPPY BIRTHDAY, AMNAN!!" bila Amnan masuk ke rumah. Itu rancangannya.

STEP 3: PILIH TEMA PARTY
- Arabian Night
- Big Band Swing
- Children's party (for adults)
- Cocktail Party
- Masquerade
- Dan baaaanyak lagi. Klik sini.

Untuk surprise birthday party Amnan ni Ara pilih Children's Party. Heee sebab sukaaaa sangat dengan colorful balloons, party hat, cute cups and plates, party poppers, party snow, etc. Semua party items ini boleh dibeli di Wisma Haniffa, Masjid India. Cuma RM34/-




STEP 4: ORDER MAKANAN
Main dish yg Ara hidangkan ialah kek, bihun goreng dan Satay Daging&Ayam. Nonie yang tolong orderkan bihun ini. Yg paling menguntungkan bila ada cousin sebaik Nonie ni ialah bila dia sanggup tolong belikan kek dan tembikai.Hee. Dan alhamdulillah my aunt masakkan Beef Spaghetti. Sedaaap sangat! Abg Yong bantu belikan satay. Thanks all! Side dish ialah segala macam kuih raya seperti Almond London, Tart Nenas, Mazola, Samprit, dll. Dan ada juga tembikai sebagai pencuci mulut.

Bagi yang nak masak di rumah, beli bahan2 masakan awal2 tau. Tapi pastikan si dia tak syak apa2! Dan bagi yang nak adakan party di restaurant atau tempat lain, fikirkan awal2 makanan apa yg anda mahu hidangkan kepada jemputan.

STEP 5: JEMPUT KENALAN 
Memandangkan Ara tak mengenali semua kawan2 hubby, makanya terpaksa lah Ara curi2 ambil their hp numbers from hubby's phone. Hubby macam syak tau sebab dia hairan sangat kenapa Ara asyik pegang hp dia. Konon2 nak main game! Agaga :D
Jangan lupa untuk beritahu rancangan anda kepada kawan2 si dia supaya tak ada yg buat kantoi. Hoh! Remember, it's a surprise party. KEEP THE WHOLE THING A SECRET!

STEP 6: JALANKAN RANCANGAN
Rancangannya ialah untuk menyuruh hubby keluar dari rumah sekejap supaya Ara dapat hias rumah dan hidangkan segala makanan sebelum tetamu sampai. Terima kasih kepada kawan hubby, Fazrul dan Bro Poji, yg sangat2 membantu dengan jayanya. 

Ara gitau hubby yg Ara nak keluar ronggeng dengan kawan2. Haha. Jadi, Ara minta hubby pun keluar sebab kalau tidak kang Ara rasa bersalah sebab Ara pegi berseronok tapi hubby dok rumah plak. Tak aci la macam tu, kata Ara. Hewhew. Masa inilah dengan tidak semena-mena Fazrul sms hubby dan minta hubby temankan dia ke bengkel motor. Sebenarnya sehari sebelum tu Ara dah sms Fazrul dan minta Fazrul ajak hubby keluar.

Setibanya hubby di bengkel motor, ada seorang kenalan lain, Bro Poji, yg ada di kedai makan berdekatan bengkel tu cakap nak datang rumah kami malam tu. Dia tetap berdegil nak datang walaupun hubby cakap yg Ara tak ada di rumah. Bila hubby sms dan bagitau yg Bro Poji nak datang rumah, jadi Ara pun cakap yg Ara akan balik ke rumah lebih awal. Rancangannya :)

STEP 7: DECORATE YOUR HOUSE
Ara cuma ada 4 jam sebelum majlis bermula. Penatnya hanya Allah yg tahu. Sofa ditolak rapat ke dinding (sorry neighbours atas bunyi bising!), carpet dihampar, tiup belon (habih nafas!) dan susun atur semua party items yg lain. Make sure everything is set properly.




STEP 8: RE-CONFIRM THE DETAILS WITH ALL YOUR FRIENDS.
Dan malam itu juga seharusnya anda re-confirm dengan semua kawan2. Ara minta kawan2 guna jalan lain untuk masuk ke kawasan rumah. Sebab kang kalau terserempak dengan hubby kan susah.

STEP 9: TUTUP SEMUA LAMPU
Bila semua jemputan dah sampai di rumah, Ara minta mereka masuk ke dalam rumah. Kasut mereka dan all their belongings semuanya ada dalam rumah sebab taknak hubby  perasan apa2 bila dia sampai nanti. Bila semuanya dah ready, Ara bagitahu hubby yg Ara dah sampai ke rumah dan minta dia pulang segera. Hubby pulang ke rumah dengan Bro Poji & family and few friends. Sempat lagi Ara buat hubby cuak bila Ara gitau dia yg Ara cuma beli makanan ngam2 untuk Abg Poji saja, tapi yg datang dengan hubby ni ramai plak. Haha. Lepas hubby buka pintu, keadaaan gelap gelita haa. Dan ada yg taburkan tepung atas kepala hubby dan letupkan party poppers tu. Sangat happening masa tu! Dengan keadaaan rumah yg sempit dan kawan2 yg saaaaangatlah ramai, party ini berlangsung dengan jayanya. Terima kasih semua!






STEP 10: MINTA MAAF PADA SUAMI!!! ;)
Ini yg paling wajib dilakukan.



"Syg minta maaf kerana terpaksa tipu itu ini dengan hubby.
 Syg buat semua ni untuk gembirakan b. 
Thanks for being my man."







Friday, April 27, 2012

Where to RIADAH in Alor Setar

Siapa anak jati Negeri Jelapang Padi angkat tangan macam saya~~~~~~~


Kalau sebut pasal Alor Setaq, mesti ramai yang taktahu nak ke mana masa weekend. Alih2 pegi lepak-ing di Tasik Darul Aman, Jitra. Alih2 pegi makan rojak di Taman Jubli Perak. Dah muak dengan semua tempat tu?Jadi, apakata weekend ni kita pegi bersukan sambil melonggarkan otot muka (sebab gelak banyak) di ALOR SETAR RECREATION CENTRE SDN BHD (ASRC).




Untuk yg perak (taktahu) mcm Ara dulu2, ASRC ini terletak di Jln Kanchut. Lebih tepatnya di belakang Maxis Centre.





ASRC ini menyediakan:

  • Fitness Aerobic Class
  • Meeting Room
  • Swimming lessons (Adults & Children)
  • Cafeteria Service
  • Pro Shop (Sport Goods)
  • Ball Room Dancing Class
  • Line Dance Exe
  • Yoga Class
  • Table Tennis
  • Squash Court
  • Badminton Courts



Frankly speaking, tak sempat lagi nak merasa amenity yg disediakan, kecuali gelanggang badminton tu! Ada lapan courts semuanya. Boleh booking siap2, cuma RM8 sejam. 






Kalau balik kampung, my father in law selalu ajak datang sini. Tak pernah menang kalau lawan dengan Bapak. Having pleasant time with my new family :)




BUkan masa di kampung saja, seronok jugak bila petang2 lepas balik dari ofis kami main badminton. Kawasan ville ni berbukit-bukau, jadi has to find d best place. Even parking lot pun jadi! Wee.


Mana lagi nak pergi weekend ni? 
Balik ke kampung. 
Itu yang lebih manis bila Allah masih beri peluang menatap 
wajah ibu dan abah kesayangan. 

Sunday, February 26, 2012

Permulaan Percintaan Ara Amnan - Terima Kasih

25.12.2011




Dah 2 bulan  sejak tarikh tu. Dan dah 5 tahun 2 bulan sejak tarikh 25.12.2006. Masa mula-mula Ara dan Amnan buat keputusan untuk berkahwin dua bulan yg lalu, ramai kawan-kawan Ara yang terkejut. Dan ada yg buat tekaan yg sangat2 salah. Sebab ramai yg taktahu yg tarikh tu sebenarnya adalah tarikh yang paling bermakna pada kami sejak 5 tahun yg lalu.



How time flies fast.



Ara masih tersenyum sampai sekarang. Dan sampai bila2 pun Ara mahu tersenyum
^______^ can a? (Chinese ascent)



Dalam masa sebulan lebih, Ara dan keluarga especially Mama, Abah, Kakak Nasheila dan Abg Fez sangat sibuk. Well okay, I wasn't that much busy as Mama. Sebab most of d important parts Ara dah bagi pada BUTIK DE QASEH, atas McD City Plaza, Alor Setar. Alhamdulillah, Allah telah mengatur segala-galanya dengan sangat sempurna untuk kami. Dengan Pakej D sebanyak RM2400 Ara dan Amnan dapat semua ini:

- Bridal makeup 2x



- Baju Pengantin lelaki&perempuan dua pasang.







- Hiasan bilik tidur untuk 1 majlis.
- Pelamin untuk 1 majlis (digantikan dgn hiasan bilik tidur untuk majlis di rumah Ara)
- Hiasan meja pengantin untuk 1 majlis.


Memandangkan pakej tu tak lengkap untuk kami, jadi kami tambah:
- Hiasan meja pengantin untuk majlis di rumah Ara.
- Upah gubahan hantaran untuk kedua2 majlis (1 bekas = RM45 ++)


Hantaran dari pihak pengantin perempuan:
- Sireh Menanti
- Sejadah sponsored by Mama
- Kain Pelekat sponsored by Mama
- Cake sponsored by Hani 
- Fruits
- Kemeja
- Jam tangan Tag Heuer









Hantaran dari pihak pengantin lelaki:
- Sireh Junjung
- Telekung
- Kain suit
- Jam Tangan Esprit
- DSLR Sony
- Eclipse Heels



Syukur Ya Rabb. Semuanya sangat sempurna pada Ara dan keluarga.



Terima kasih Mama untuk semua penat lelah Mama selama ini, untuk semua wang ringgit dan pengorbanan Mama dan Babah untuk Cik, abg, kakak dan adik2.




Terima kasih Babah untuk semuanya. Untuk rumah yg semakin lama semakin besar :)



Terima kasih Kakak dan Abang yg sangat ku sayang, Nasheila dan Rafez. Juga pasangan masing2.







Untuk kasih sayang yang tak terbalaskan. Untuk 400 beg sweets yang Kakak sponsor untuk Majlis Perkahwinan adikmu. Terima kasih Abg Fez untuk hiasan rumah yg semakin lama semakin cantik ;) Terima kasih untuk Adikku Nurfarah dan Adik Bongsu Muni kerana menjadi adik yg terbaik untuk kakak ini.




Terima kasih untuk segala penat lelah menjayakan Majlis Resepsi Ara&Amnan di kampung halaman kita. 
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya untuk keluarga kita. 
Amin.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, October 12, 2011

Terima Kasih BIMB :)

Yaay dah 3 bulan dah :D

Sy tersimpang jauh dari bidang sebenar. Terpaksa. Hidup bagai kais pagi makan tengah hari, kais petang makan esok pagi. KL. Banyak mengajar sy erti susah payah hidup. Kalau sy bersorangan, mesti sy dh jatuh. Dalam 3 bulan ni jgk la sy faham perangai org di sini dan sy kenal bagaimana cara mereka mengorat sy!!!!ceh!!ooo ada hati ek.

Bulan pertama sy di sini sy menangis. Kita tolak tepi hal rindukan mama abah adik2 kakak2 dan abg2 juga ayam dan itik kambing di kg. Sy menangis sbb sy tahu betapa susahnya abah mencari duit. Nasib baik jualan tudung dapat menampung sy hari2. Tanpa anda, siapalah saya.........Dan nasib baik Allah temukan sy dgn bakal pembimbing hidup sy di sini.

Bulan kedua, sy dah tak tahan.Jd sy jumpa pegawai bank islam. Dan taraaa..........weee..
Terima kasih Bank Islam ;P



Gen2 AA. Skrg nie dah tak payah naik cab dari LRT, dah x payah susah2 pinjam kereta kawan utk amek stok tudung. Terima kasih kpd rakan2 yg membantu pembikinan ini. Suka.....


 >_____________<


Sampai sini saja cerpen kali ni. Jumpa lagi di lain masa.

Wednesday, July 13, 2011

SINGLE

When you are SINGLE and renting a house that provides everything except kitchen, restaurant is the best solution. Restaurant means you are eating AJINOMOTO every SINGLE day! But yeaah, there's no other choice except you borrow/ask some money from parents and buy a kitchen plus a gas. That's expensive..for me..I don't say that I'm lazy to cook.nooo..I didn't say that...eheheh. Nope lah! BIG NO!!

I'm the loyal customer of Restoran Pawonku; From Jogja-KL-Bali located at Setapak. The restaurant's decoration is cool, has a combination of modern and Bali style. My friend and I always choose to sit inside the restaurant where they have provided wooden chairs and tables; watching ASTRO while eating Tomyam Daging and Telur Bungkus. But still, Fakin Restaurant is the best..BESTTTTTT!! I suggest you to eat Tomyam when you have a chance to go there. It's just beside the road; at Melati. Just a simple kedai makan but has a very nice Siam's waitress and delicious food. Sawadikaaappp :D

Oh, today is Wed rite?! Cheaper price for movie tickets. If you are depressed of work load and need some/extra injections to boost up your performance, go to the nearest cinema and get your ticket for Mr.Popper's Penguin. We've watched it at TGV Wangsa Walk. Really awesome and we couldn't stopped laughing all the times. I thought that it's so-so movie, but NO yeaahhh it has made my throat pains due to OVER-GILA-laughs. Starring by a Canadian-American comedian/actor/singer/writer Jim Carey along with beautiful Carla Gugino. A good movie for family. Oh, Transformes and Sekali Lagi selesai!

Till then..mari lelapkan mata :)

Monday, July 11, 2011

A Great Sunday

Why people like Sunday, but hate Monday??
Except in my lovely hometown, Kedah and several other states.


Because Sunday means you can cuddle in bed under a warm blanket and wake up A LIL BIT late (don't say very late.bahaha). Although you can't accessorize nearly as much as during the winter, yet you can still wear a Frogskin Sunglasses and a cool jacket; plus a long skirt..hey, don't start acting like you are Hana Tajima! And it's very nice getting into a car, drop by friends' houses and kidnapped them, and go straight to the shopping mall. 


My Sunday was started in a very "early" morning. Have to take a rush (but clean) bath and took a quick move with my friends to Lentang Forest Recreational Park (click the names to get more info), a beautiful and nice place for picnic.



It's accessible from the KL – Karak Highway and is about half an hour’s drive from Kuala Lumpur. I love the waterfall! The water was very cold but refreshing sampai mengigil2! And do watch out your legs when you are nearer cascade because there are many rocks beneath. The water between the rocks were very deep, not suitable for bad swimmers like me. Ehee. The best part was during BBQ time. We have delicious fried rice cooked by new weds, beat tasty but bitter grilled squid (hehe), grilled sausage and clam were like KFC motto; finger lickin' good lah! Thank you so much for the organiser and friends :)


Night was more awesome because I had a most delicious food at De Templer Restaurant located at Melati.




The food was quite expensive, but it worth sbb sedap gilerrr! We order Night Set for two persons just for RM19.90. Seposen je pn lagi haaa dh cukup rm20.



Ada Dim Sum Set but we won't try. I don't like the smell, sorry!



We had two set of Mushroon Chicken Porridges, 3 cute rabbit Red Bun, with two small cups of Chinese Tea. There's a promo save which means that there was no 5% service charges for this time being.



Done for yesterday. 
Good afternoon, Monday! 
Surely cannot wait for the next Monday. 
I don't hate you, Mon :) 




Thursday, May 26, 2011

Be Prepared For Tomorrow, Ara

"Dear all, dress code for tomorrow is black shirt and black pants." - Mr. Boss


OMG! Where I can find d black shirt malam2 buta ni?!! Uptown Danau Kota, yeaahhh terima kasih. Malas nak kuar LAGI. Hee. Malas nak kuar lagi means tadi dah kuar menikmati hari terakhir as a free unemployed person. Try new casual shirt here and there dan kemudiannya watching two movies at Wangsa Walk. Ouh, Karak wasn't achieve my expectation. Tp, Kung Fu Panda mmg aweeeeessssooommeee (subtitle Melayu dlm KFP tulis awesome as SEMPOI. Coooll).

Dan yg sukanya sbb last few days terserempak dengan beautiful Emelda Rosmila with her 4 5 'bodyguards' kot. Dan tadi terserempak dgn Iqram Dinzly with her superb terang yellow car. Perak sgt aiiihhh. But, selalu lalu depan umah Siti, tapi tak penah terserempak dgn Siti pn. Huk.


Tomorrow will be my first working day. I'm quite nervous mcm selalu. I'm new here, new employee and will meet new friends, with new tasks, new customers, new segalanya. Harapannya, biarlah esok adalah hari yg tidak meletihkan minda dan tenaga.


Be cool, Ara. BERLAKON!!

Thursday, February 10, 2011

BSN Di Hatiku - Admin Depart. Terrbaeklah!!

CtK (bukan Siti Nurhaliza Dato'K uh - CTK jgn perasan!) tanya Ara, best tak di BSN? 


Nak tanya balik bole, BSN tu best ke???? 
Of course! (jwpn selamat,takut kena kick.nGaaa :D)



1 December 2010 was still in my memory. Fresh lagi rasanya haa! Pagi tu Ara bangun awal, konon2 nya nk siap awal, nk make up cantik2 ngalahkan org BSN! Wearing blue baju kurung sebiru logo BSN, with black chiffon shawl, dah nampak mcm bumbung bangunan BSN. Tapi bila smpai ja kt situ, saya genyeh2 mata. Aiihh!!Kenapa ramai sgt org nk buat practical nie..!! Jeling2 sikit dekat security guard kt situ, then calooo pegi naik tingkat atas skali. Oh, ada 3 tingkat rupanya BSN ALor Setar nie. Itu belum campur 20 anak tangga sebelum sampai di 1st floor! Mengah!!! Kaki dh tua..wuuu~



Rafidah, staff Mikro Kewangan sambut sy dgn riang ria. Tp dia panggil saya dgn nama Munirah. Who's Munirah, Rafidah?!! Ehee oke2 dia dah panggil sy dgn nama org lain. Sampai hati, Rafidah. Tapi, lagi sampai hati Ara sbb langsung tak ingat siapa tu Rafidah. T_T Sorry :( Ingatan lupus!


Dat day memang sibuk sangat2! Sbb hundreds graduan dtg ke situ utk interview. Takda siapa yg melayan Ara kecuali Ka Amizaini, admin staff yg comel tu. Masa tu another staff, Che Met, masih dalam cuti. Jadi mereka lambakkan kerja2 Che Met pada Ara. Giloo hari tu saja penat buat filing. Padahal filing jerk. Hee.. 
The next week bila Che Met datang keja, saya tergelak dl hati. Sorry Che Met! Ara bole baca fikiran org. Muahaha. He's funny, suka perli org dalam diam. Tapi jangan suruh saya panggil dia Abg Met macam org lain panggil, kang dia TRAUMAAA!!!


Ara tabik pada Admin Depart. Ada Puan Siti yang asek ikut procedure (oke whaaaaat :p), Cik Jo, Abg Jit, Abg Yeh, Abg Man, Abg Od dan Kak Gee mmg sgt best. Best sangat bila En. Pi'e gado2 manja dgn Kak Gee. Comel! >.< 


Dah dua bulan di sana. Dan esok adalah hari terakhir Ara di Credit Depart. Nak doa banyak2 semoga En. Safirul belanja makan lagi :p Dah takda lawyer nak bawa makan di Regency Hotel. W/pn makanan mama lagi best dr situ, tapi sesekali ubah tempat utk lunch best jugak kan kan :P


*Open interview di Pusat Pembelajaran BSN di Bangi pada 12/2/2011, 8.30 pagi - Me? Nantilaaahh.




Bubbye for now!

Sunday, November 21, 2010

Sy Syg BFF Sy



Dah seminggu ropanyerr Ara jd suri rumah sepenuh masa kt Kediaman Teratai. Giloooo~!!! Tak ponah2 den jadi ghajen cmni. Ces, mcm dah kena sampuk ngn badi bekas maid m-i l ku. Errkk tetiba kan!

At last! Dah abes pun final sem kt LB. Cuma tinggal 5 months utk practical, then hoyeah hoyeah!!! Bila jadi final year student, lagi2 bila dh buat practical nie, ghase mcm dh besau dh haa.. Mama, Cik dh bole kawen kan kan ;p

Tapi sedey amat masa tinggalkan LB. W/pn nanti Ara akan singgah sana twice per month, tp itu tak sama :(

Malam 8th Nov tu mmg tragis. Huu berkali2 lap air hidung, eh air mata. Lepas last paper MKT tuh, semua kelam kabut blk bersiap nk g kua hang out, tp bukan utk terakhir kali! Ara tahu Nini nangis dalam hati masa kita nyanyi lagu Pelangi Petang kt Just K Village Mall tu. Syeera asyik diam, layan lagu jiwang karat marat dr cd dlm Bobby Zizan tuh. Tapi Ara tahu yg Syeera pn tgh nangis dlm hati. Yg Ara kurang pasti nangis or tak adalah Cik Tqah. Asek gelak ja kamu ye. Tapi nampak jgk la air kt hujung2 mata tu. Pandai cover eeehhh!
Kin pun diam, mcm keadaan normal dia la. Heee :p Carol nmpk enjoy. Cuma Lala nmpk letey ckt mlm tu. Sian dia. Thanx semua! Malam penuh kenangan!

Malam tu Ara drive, kita ke SP. Let's go ladies!


Haa ara dh boleh drive. Agagagga~


Kita pegi makan Pizza Hut kt Giant guna balance deposit tu..






Sempat lagi jalan2 tgk keindahan Giant SP. Hee~ Lama gilerr tak jejalan sama2 kan.





Kita pegi main bowling kt Park Avenue. Pastu lari2 kucing sbb kena kaco ngn mamat2 mana nth..



Samseng ye Cik Ara men bowling pakai wedges. Ara je bole buat.. :p


Tapi tak dapat nk bergambar kt Jam Besar sbb kita takut nengok ramai sgt rempit2 jiwa besi turh.huuuu~

Lepas tu kita hangout ngn Jimi Bro, Abg Tan ngn Zizan Nin kt Tasek Indah! Cess mengingatkanku pd kenangan dulu kt tasek jerat cina tuh. hoho~ Lagu Kau Ku Sayang yg Ara sumbangkan tuh utk semua kamu2. Percayalah, mlm tu mmg sgt touching.






Nini, Tiqtiq, Lala, Carol, Syeera and Syikin - terima kasih utk kenangan2 terindah ni. That nite wasn't d last nite okay. Nanti jumpa kt wedding Kak Mel k! Cuppp!! Before tuh, jgn lupa wedding Kak Mizah tawu!



Sy syg BFF dan BF saya ;) Ngade ye!

Friday, October 22, 2010

Rindu KL.Fullstop.

Juz came back frm KL. Leteyh habaq mai. Hari2 lunch Nasi Ayam Hainan Melawati and dinner kt Mek.  Oke sy baru tawu kedai mkn Mek tu kedai Fakin laa, kedai Fakin tu kedai Mek laa. Cet! Ayam Goreng Kunyit kt Mek mmg superb! Kt Nasmeer LB, errkkk..tak sama langsung. Mek, Ara rindu Mek. Ehem, rindu org lain kowt sebenarnya. nGee ;D

McD langsung tak da dlm senarai utk bfast.




Bole jeling2 jerk McD Melati turh. Haish kenangan. Rindu!



Cuti2 Malaysia kali ke ENTAH nie mmg tak ada hati pn nk snap pic.




Not in KL~


Sbb sy kua jalan2 tanpa make up.




Agaga. Terasa diri sgt suci. 


Lupa. Tertinggal. Kelam kabut packing brg ke KL, excited lebeyh. Thanx Lala sbb hadiahkan dis pink-black shirt for me.






And thanx jgk utk dress and beg sponsor tu. Lps nie dh tak bole nk sponsor2 lagi. Tinggal sebulan jerk lagi seblom kita berpisah kan :(




Mst nt rindu gilerr kt bff sekalian.




Nanti dh tak bole nk dgr sore merdu Tiqtiq nyanyi lagu jiwang lama2 ;P



Cuma sticker Hello Kitty jd kenangan dr KL. Ngehngeh. Gilerr nk lekat dkt KBS. Kena ligan ngn Mama mampoih! Cup2! Cinta KCC ada body baru keler biru gituu. Cantek, bb! Eh, cantek Cinta! ;p



Oh, LB! Cuma tinggal Nini n Rulrul berdua sj. Wah3, both terpaksa berdikari nek AEY pegi ke sana ke mari without me and Lala. Napew tak guna KBS jerk...Nini turh syok la kaaaann. Nak beli Honda Icon pink katanya. Tunggu Neo white-pink sy tahun dpn ye Nini harapan.




KL! Ada sesuatu yg ditinggalkan kt sana. Sebentar. Nt sy dtg semula ;)

Thursday, September 9, 2010

Last preparation: EID MUBARAK SEMUA!

LB menerima kunjungn sy kelmarin. Agaga~


Juz get back from LB on d last Monday. Sampai jerk Alor Setar, I dh menjerit. Babah!! Tertinggal purse! Semangat nk raya turh, habes semua tertinggal. Yg plg bt I gundah gulana bila teringat my couple rings kt dlm toilet. Nyawa nih ;p




Menghabiskan baki terakhir Ramadhan mmg mcm teruja ckt. nGee~ ecece semua org cmtu kaaaann. Unbelievable bila I dh berjaya anyam ketupat. Lol :p
2nd trial after last Ramadhan.ehee~


2morrow ‘ll be d busiest day for everyone. For sure! Nk bt chocolate cake lagik. Sis Sheila dh belikan kuih ghaye byk skali. Teringat Kek Lapis Sarawak tahun lps. Mahai x hengat! Tp sodap haa.. Klu Syawal kali ni kt Kediaman Teratai ad bt jamuan raya kn best. Bole mkn sedap! Every time kena tgu Aidiladha baru boleh mkn sedap2 kt jamuan turh. Haish!


Raya tahun nie, I baru igt nk g umah Uncle Sobri. Alahai terpaksa cancel. Uncle baru je fly ke London. Uncle, rindu!


Btw, Eid Mubarak semua! Maafkan ara klu ad tercubit perasaan anda ;p

Friday, August 6, 2010

Not Regret Spending Too Much

Morning everyone! Erghh dah almost 11 am pn. Wee =D


Yaay hari nie I bole la guling2 atas katil lama ckt kn. Friday maa!!! Ahha. Nope. Actually sebab semalam most of my shawls were bought by residents of Mahsuri College. Like it very much. So now cuma tinggal 4 pieces left. Berkobar2 lagi haa nk restock new shawls. And no need to push my marketing sgt >.<


My aim skrg is find d very good, nearest supplier. Money is my priority now, betoi habaq mai nie. Ahha. There are water&electrical bills to be paid, broadband bill, celcom bill, sewa umah and dont be forgotten duit kuih raya yg I bought from Atiqah Halim. Hey tapi tapi kan, I'm not regret spending too much on my vacation trip last month. It was unforgettable moment, I bet you.




I think I dh jumpa d supplier, d nearest one. He opens his physical shop at Giant Bukhari. Walaweh, juz 10 minutes from my house, or maybe less if you are not stuck at two traffic lights before dat place. I found dis man at Pasar Malam UiTM.


But tau2 lah kan, I nie high taste *wink*

Sunday, July 4, 2010

It's New Sem Bebeh!

Hoyeaah dh start class. Buat muka excited sikit. Ehem2. Tipoooooo!!!




Noe what, i'm excited giler nak tahu who are my lecturers and how much books I've to buy. Hey syllabus pun penting oke. Sbb nak kira berapa banyak topics yg kena cover bila final nanti. Sengal xD

2 3 days before ramai yg asek tanya bila loan nk masuk. Me too! Ahha! Gila ah bila dah jatuh miskin nie. Nk shopping online pn susah. nGaa~ Tp sempat lagi I bought two shawls and a dress. Teruja nak pakai tuh dis weekend. Big agenda menantiku!! *wink*wink*

Thanx Nini sebab temankan sy shopping semalam. Tak sangka sy berjaya hilangkan rasa takut ke SP after dat accident. On our way back, traffic jammed kat tempat tuh. Luckily perasaan ngeri tuh dh hilang. Totally. Maybe! Ahaha ada maybe lagi tuh. Before dat, sempat lagi mamam spagethi spicy arabiata + jus asam boi kat Pizza Hut CS with Nini, Lala and Tiktik. Grrrr sedap!!!

Tak sabar nak mamam kt Pizza Hut lagi dis weekend. weehuu~~~~


Thursday, March 25, 2010

Berhabuk~

Lama suda sy x menjenguk blog ini. Berhabuk2, berdebu2 suda.Dh tak tahu gosip2 kwn2 len. Kecuali gosip Cik Nana Tonyek la. Suma rahsia dia dlm genggaman sy.Jgn main2 ngn sy ye Nana. Hakhak terperangkap suda.

:p


Sy rasa seperti suma org suda lupakan siapa sy. Entah dtg dari mana la cik Ara nie, sy jua kurang pasti.hee..Having a diary melupakan sy dgn dunia blog ini. Adeh~


Supaya anda2 yg hanya berapa kerat ini yg mengenali sy x lupakan sy, atau suda lupakan sy, hah photoshoot larut mlm nie adlh utk kamu kamu suma.


Lps dinner ngn housemates sy trus snap2 pic. Thanx Rozila and Cik Tqah. Photographer yg seropa pro. Hahhak! Good job. T kita photoshoot kt Tg Dawai plk (alasan nk pegi mkn tomyam sdp)


^_^

Hah ni la hasilnya --->>>











Yela ini sy jugak!

Dah ingat siapa sy?

Saturday, February 20, 2010

The Greatest Cuti CNY~

At first, bukan niat sy mahu menghabeskan mid sem break yg seminggu ini di kg.


Sbb?


Sy mau bekerja.

Sbb?


Duit poket yg ptptn bg maken susut.

>.<


Tp last2 sy lah antara org yg terawal angkut beg pakaian yg terlukis garfield yg chubby ala2 Hencek Am, bersama beg galas pink yg sy letakkan lappy ksygn di situ, dan ada jugak sebaldi pakaian musyuk yg dh seminggu tak basuh.


Euuww musyuk. Tutup idung!


CNY mmg best! Sukanya sy bila bunga api asek berdentam dentum kt playground baru dpn umah Uncle Rich (oke mmg tak tahu nama dia.Ngee..) Best sgt bila tiap2 malam dpt tgk bunga api. Lagi gempak dr bunga api New Year Eve oOoo...~


And two days ago, my kazen dh selamat jd bini org. She's 1 year older. Habes tu, sy bila lagi?


;D


Ara gatai!!!


Oh ya. Semalam sy jalan2 di Tg Dawai dgn Sis Sheila and Abg Long sebelom kami pegi umah Bro Pitt di Kulim. Sgt best dpt picit2, guling2, geget2 si kenit Mohd Adib Mirza lagi.


Tak sabar nk tunggu my Sis Sheila punya anak pulak ;)

Sunday, February 7, 2010

Makan Malam Bersama Pengarah UiTM Kedah

Although plan asal tak menjadi, but we had a lot of fun there. Bandar Laguna Merbok mmg bes. Bes2 pun, I didnt touch the food. So nervous thinking bout performance. Hoho~ Padan muka lepas tu merengek lapar!


Seperti biasa, thanx to Tqah for her clothes. Dari atas sampai bawah semuanya di sponsor Cik Tqah nih. Thanx so much frens sebab sanggup lepaskan Ara pergi malam tu walaupun esok paginya ada presentation Monetary yg slide nya belom kita siapkan lagi dat day.


Mujur ada Sheera malam tu. Kalau tak entah kereta siapa sy perlu tumpang dgn muka yg tak berapa malu. Heh~


Here are some pics there. Cik Mira snap2 sikit + rakam vid. Oh thanx ya~









After the show, I received an offer to join a band under Studio Wave ;)

Still thinking~