Showing posts with label qaseh cinta family ghani jameelah. Show all posts
Showing posts with label qaseh cinta family ghani jameelah. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Permulaan Percintaan Ara Amnan - Terima Kasih

25.12.2011




Dah 2 bulan  sejak tarikh tu. Dan dah 5 tahun 2 bulan sejak tarikh 25.12.2006. Masa mula-mula Ara dan Amnan buat keputusan untuk berkahwin dua bulan yg lalu, ramai kawan-kawan Ara yang terkejut. Dan ada yg buat tekaan yg sangat2 salah. Sebab ramai yg taktahu yg tarikh tu sebenarnya adalah tarikh yang paling bermakna pada kami sejak 5 tahun yg lalu.



How time flies fast.



Ara masih tersenyum sampai sekarang. Dan sampai bila2 pun Ara mahu tersenyum
^______^ can a? (Chinese ascent)



Dalam masa sebulan lebih, Ara dan keluarga especially Mama, Abah, Kakak Nasheila dan Abg Fez sangat sibuk. Well okay, I wasn't that much busy as Mama. Sebab most of d important parts Ara dah bagi pada BUTIK DE QASEH, atas McD City Plaza, Alor Setar. Alhamdulillah, Allah telah mengatur segala-galanya dengan sangat sempurna untuk kami. Dengan Pakej D sebanyak RM2400 Ara dan Amnan dapat semua ini:

- Bridal makeup 2x



- Baju Pengantin lelaki&perempuan dua pasang.







- Hiasan bilik tidur untuk 1 majlis.
- Pelamin untuk 1 majlis (digantikan dgn hiasan bilik tidur untuk majlis di rumah Ara)
- Hiasan meja pengantin untuk 1 majlis.


Memandangkan pakej tu tak lengkap untuk kami, jadi kami tambah:
- Hiasan meja pengantin untuk majlis di rumah Ara.
- Upah gubahan hantaran untuk kedua2 majlis (1 bekas = RM45 ++)


Hantaran dari pihak pengantin perempuan:
- Sireh Menanti
- Sejadah sponsored by Mama
- Kain Pelekat sponsored by Mama
- Cake sponsored by Hani 
- Fruits
- Kemeja
- Jam tangan Tag Heuer









Hantaran dari pihak pengantin lelaki:
- Sireh Junjung
- Telekung
- Kain suit
- Jam Tangan Esprit
- DSLR Sony
- Eclipse Heels



Syukur Ya Rabb. Semuanya sangat sempurna pada Ara dan keluarga.



Terima kasih Mama untuk semua penat lelah Mama selama ini, untuk semua wang ringgit dan pengorbanan Mama dan Babah untuk Cik, abg, kakak dan adik2.




Terima kasih Babah untuk semuanya. Untuk rumah yg semakin lama semakin besar :)



Terima kasih Kakak dan Abang yg sangat ku sayang, Nasheila dan Rafez. Juga pasangan masing2.







Untuk kasih sayang yang tak terbalaskan. Untuk 400 beg sweets yang Kakak sponsor untuk Majlis Perkahwinan adikmu. Terima kasih Abg Fez untuk hiasan rumah yg semakin lama semakin cantik ;) Terima kasih untuk Adikku Nurfarah dan Adik Bongsu Muni kerana menjadi adik yg terbaik untuk kakak ini.




Terima kasih untuk segala penat lelah menjayakan Majlis Resepsi Ara&Amnan di kampung halaman kita. 
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya untuk keluarga kita. 
Amin.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, January 18, 2012

Perasaan - Tunangan Orang

Sebelah kaki saya telah melangkah dari dunia bujang. 


Ya, Allah. Betapa saya merasakan hidup saya amat indah saat ini. Saya bersyukur kerna saya punya Mama dan Abah yg memahami, saya memiliki siblings yg sanggup berkorban demi saya, saya punya sahabat2 yg sanggup sponsor harta benda & peluh keringat demi saya :) Alhamdulillah, Majlis Pertunangan Ara & Amnan berjalan lancar dan meriah. Majlis kecil, tapi meriah. Sy suka, sy gembira. Sampai saat ini pun :)

Hantaran Pihak Perempuan:
1- Cupcakes - boleh order dari ex-schoolmate saya, Wan Nadia Nastasha. Klik sini.
2- Chocolate - Sponsored by sahabat baik, Atiqah Apit
3- Chocolate Bar - Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
4- Ferrero Rocher - dari Haniffa's shop
5- Love Cakes - Sponsored by sahabat baik, Nini Nizam
6- Salt (dibuat bentuk bawang putih) - Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
7- Sweets -  Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
8- Fruits
9- Sireh Junjung

Hantaran Pihak Lelaki:
1- Sireh Junjung
2- Cincin
3- Cupcakes
4- Chocolate
5- Buah-buahan
6- Tuala (dibuat bentuk bunga)
7 - Sweets


Terima kasih Udin sebab buatkan pelamin ni. Saya dah puas hati macam ni. Simple but nice. Kalau siapa2 nak upah Udin untuk buatkan pelamin, roger saya!! Btw, Udin adalah sepupu kepada sahabat baik saya, Imna Karmila.

Saya sewa 9 bekas hantaran daripada En. Jeffrey dgn harga RM150. Saya jumpa dia di website "Mudah". Tapi dia sebenarnya bukan buat bisnes sewa menyewa ni tau. Cuma dia nak let go bekas hantaran dia yg dulunya dia guna masa majlis perkahwinannya. Boleh je kalau nak beli, harganya RM350. Katanya, dulu dia upah buat bekas hantaran ni dgn harga RM750.Tapi kang kalau beli nyemak pulak rumahku. Haiyo..Tapi masa majlis ni saya cuma guna DUA saja!!


MasyaAllah saya memang sangat suka dgn baju tunang nie, dibeli di butik dalam Carrefour Wangsa Maju.  Halamak tak hengat la nama butiknya.Tapi kat situ memang banyak sangat pilihan dan kena pandai2 tawar lah ye. Harga asalnya RM250, tapi dapat murah sikit hasil tawar menawar. Terima kasih mertua dan suami :) Baju pertunangan saya ni ada beads putih seperti mutiara putih di bahagian dada, hujung lengan baju dan di bahagian bawah baju. Kain pulak stail duyung haa. Veil pink saya sewakan di Butik Ryta di Alor Setar. Harga sewanya RM450 termasuklah sampin merah jambu yg akan dipakai Amnan pada hari pernikahan, baju pernikahan saya, mahkota, dan dua bantal sila. MMmmmahai! Tapi sangat cantik T____T


Saya make up sendiri pada hari pertunangan tu :)

Cuma Allah yg tahu mcm mana ringkasnya persiapan yg kami rancang, tapi alhamdulillah semuanya jadi meriah dgn kerjasama semua. Saya sangat2 bersyukur. Salah satu perkara yang memeningkan kami mula2 dulu adalah tentang photographer. But last minute kami dapat photographer dari Majlis Bandaraya Alor Setar, kawan ibu Amnan sendiri. Dan ada 4 5 photographer free! Tak kisah la snap dgn DSLR, digital camera or even handphone pun. Thank you kawan2 dan keluarga!

Jamuan serba ringkas hasil gotong-royong jiran2 Taman Teratai dan ahli keluarga:
1- Mi sup
2- Mi tomyam
3- Mi goreng
3- Kuih Jala
4- Seri Muka
5- Agar-agar

Bakal suami saya datang dengan baju Melayu kaler light pink. Sy sangat terharu kerna dia sanggup pakai warna fav saya. Sungguh, terima kasih, bb :)



Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Semoga Allah merestui perjalanan cinta ini. Amiiiin.

P/S: More pics here >>> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.334778806547406.83065.100000458697458&type=3

Wednesday, December 21, 2011

SINGLE-Family Becomes Priority

Rasa-rasanya sempat lagi tak kalau ada yang nak mengorat saya hari ini.
^____________________________________^


Dah lama sy letak SINGLE di relationship status fb. Semenjak tu ada yg mencuba nasib. Ada yg text me utk bertanya khabar dan asked me to be tough mengharungi liku2 bercinta. Muahehe. Semua beranggapan yg sy benar2 single and available. Sampai saat ini, sy masih terima salam perkenalan dari jejaka2 yg ingat sy masih single. Even today sy dapat dua message nak berkenalan dgn lebih lanjut! Okay mungkin sy perasan lebih! haha!

Ya Allah,temukanlah kami di Jannah nanti.

Sy bertuah kerana sy anak tengah. Sy ada abang, sy ada kakak, dan sy ada dua orang adik perempuan yg cantik! Sy bertuah kerana abang sy tidaklah kasar orangnya. Pencarian cinta dia juga lebih lama dari saya, 6 tahun! Sy tabik dia sebab jiwanya lembut, tidak sekasar jiwa2 ganas lelaki lain di luar sana. Tapi dia bukan lelaki lembut, awwwwwwwww! Sy suka lintas jalan macam anak ayam, tak pandang kiri kanan dan mengharapkan kereta yg berhenti sebab takutkan sy. Kalau keluar ke pekan, Mama dan Abang suka tarik tocang sy. Sy marah dan merajuk sebab tocang sy dah tak cantik. Sy selalu ngadu pada Abah bila sy merajuk. Dulu org selalu cakap yg sy anak emas abah ^_^





Tapi bila sy dah pandai berfikir, baru sy faham kenapa Mama dan Abang marah saya. Abang bertuah sebab dapat isteri yg pandai masak. Sup daging dan western food nya best!!



Dulu, sy dan kakak macam cats dog. Dia suka cubit sy sebab katanya sy nakal. Sy memang nakal T__T

Sy cuba ingatkan kembali saat2 kami bergaduh, tapi satu pun tak keluar di minda sy. Kerana pertelingkahan kami yg dulu sebenarnya merapatkan hubungan kami. 




Supaya kami sedar yg kami memerlukan antara satu sama lain. 




Kakak bertuah kerana pencarian cintanya hanya beberapa ketika. Terima kasih Abang Long. 




Kalau kakak buat kerja banyak siang hari, malamnya mesti dia tidur awal. Bertuah Abang Long sebab kakak pandai masak. Dia yang kenalkan kami dengan roti pita, brokoli, kubis ungu dll. Kalau tidak, kami cuma kenal sayur sawi, ikan termenung dan roti buku Suria. Kakak suka shopping. Bila dia balik dari shopping, mesti dia akan bawa balik bahan2 mentah jugak sebab dia suka masak. Tapi sy belum rasa roti yg dia buat. Tak aci! Tapi buat masa ni fridge kat rumah selalu penuh dengan susu, bukan dengan bahan masak sebab she put full concentration to her son, Faris Hamzi. My gedabab!

Faris Hamzi 10minutes

Adik sy yang dua orang ini masih kecil. Tapi yang best kan sebab kami sama tinggi. Muahehe. Ramai yang kata wajah sy dan Adik Muni sama dan wajah DikTeh dan Kakak seiras. 




Yang paling best bila raaaaaaamai sangat yg cakap wajah sy macam Mama ^^,


mama pernah marah sy sbb sy tak bagitahu mama yg sy accident.sbb sy tanak mama risau :(

Dulu DikTeh pendiam sangat2. Kalau kita bawak dia pegi jalan2, dia mesti cepat letih dan dia lah yang menghancurkan mood jalan2 kami. Kau bersalah, DikTeh! haha. 




Masa DikTeh masuk Darjah 1, sy dah di Darjah 6. Tengah2 fokus (la sangat) dengar cikgu mengajar kt depan, mesti ada orang ketuk2 tingkap sebelah sy dan suruh sy pegi ke kelas 1 Melur. Adik sy menangis!!!! 




Adooiiiii.....tapi sekarang cis!! Dia dah totally different. Susah nak bagi dia berhenti kalau dah start bercakap. Ngahaha. Rasa dekat sangat dengan dia sekarang nie. Tak pernah rasa berjauhan sebab KL-Puncak Alam tu dekat ja kot! Toksah dok teriak aih!


See see see! Muka kami sepesen saja. Cuma bentuk wajah Dik Muni lain sikit ja dari sy. 

She wore my shawl!!

OMG!! Dia banyak peminat goshh! DikMuni dan kakak yg belajar di sekolah campur. Sy dan Dikteh belajar di sekolah perempuan. Jadi cara pergaulan kami dengan lelaki berbeza. Kikikih. lagi2 AdikTeh, still malu2 dengan kaum Adam. hahaha.Si bongsu ni suka giler melaram macam Hana Tajima. Totally awesome!!



Terima kasih atas kasih sayang adik beradik selama ini. Tiada sesiapa yang dapat pisahkan kita. Walau apa yang terjadi, anda tetap dalam hati saya. Sampai bila pun.


I LOVE YOU MAMA & ABAH.
I love you, Abang Pit.
I love you, kakak Sheila.
I love you, Adik teh.
I love you, Adik Muni.

Sunday, July 31, 2011

I've Monthly Salary!!! :D



Ramaaaaaaaiii yg cakap sy KAYA sbb sy ada AraAmnan Boutique. Tapi, tak ramai yg tahu yg sy sebenarnya KAYAp. Running a business, esp an online business needs a very huge effort from you to convince the customer and attract them to buy your products. Plus, there're a lot lot lot lot blogshop and online biz that selling the same items as me and they are 1000000x much better than me. Yeaahh, it's about how you maintain the relationship with your customers. As for me, customer is my friend. Treat them nicely and they'll cooperate well with you; and d most important thing is I've got so many friends since I was running dis biz.


And now...I'm officially working at teeeeet!! Rahsia. Haha. Please happy for me. At last I got the job that suit me!! I love it love it love it! I'm still in the training period. Nothing much to do at office. Just sitting at the discussion room and looking (or starring??) at the trainer, looking at the watch and most of the time terdengar2 alunan lagu irama Malaysia dr perot. Lapar doh! Yg paling penting. YEAAAAAAYYY I'VE MONTHLY SALARY!! :D Haha jakun! :p


Dah tak sabar nak tunggu Ramadhan esok. Dah tak sabar nak rasa bahagianya pergi solat Terawih (Tawarih??). I miss my hometown. I miss Mama and Abah. I miss gaduh2 with my adik bongsu and Hyo Jung.




I miss Adib Mirza so much.



 I miss baby baru as much as I miss his mother and her Japanese husband..ehehehe.




I miss mera bahiya and his wife! Jumpa nanti semua!!

Sunday, December 12, 2010

One Week to Go Before We Meet Up Again

Sepatutnya hari ni Carol n Ara kena meeting dgn our advisor.




But since she's not around, so postpone ke minggu dpn. Hmm oke jgk kn. Bole gathering dgn all the 6 ladies. Miss u so much, ladies! Jgn lupa Sis Mel's wedding next Sat okeh! Then Sun tu kita ramai2 g LB. Hoyeaaahh tak sabar nk jumpa Lembah Merbok tercinta lagi ^^






Nanti jenuh nak atur schedule. Nak jumpa abg Bob yea yeaaahh (ganasSS) aka Ramli Sarip jr., jumpa abg Tan drummer terhebat (sore sedap turh), nak lunch kt Pak Mud..nak apa lagi???


Adib Mirza ada kt Kediaman Teratai hari nie. Penat oh men aci ligan dgn dia! Haish dh besauu anak sedara ku inih eh. Jgn noty2 sgt mcm MaTeh ngn Mashu tau. Be nice mcm Auntie nih. Ngengeh ;p MakNgah mesti jeles tak dapat jumpa Adib kaann. Jeles la lagi, jeles la. Huahauha.




11th DEC 2010



Sepatutnya semalam Ara dan the 6 ladies kena attend wedding Kak Mija. Sian dia. Ara tak dapat pegi. Hujan rahmat turun lebat sungguh sungguh sungguh. Nini and Yatie Alyas mungkin pegi jugak nek Icon kn. Huh Ara dh insaf, lenguh pinggang uh! Mun kt Shah Alam. So she'll attend kenduri sebelah Mat Noor lah. Along pegi ngn Qad. Amnan tak dapat balik sini. Carol takda transport. Sis Mija, it's not excuse yg disengajakan. We r so sorry. Finally, Sis Mija diijabkabulkan dgn Mat Noor! Cinta cek oiiiii bak kata Amnan. Tunggu nanti Ara ada keta sendiri senang la nk pegi mana2 puunngg kan. Heh! Tak sabar, bila entah nk dpt Neo R3 nih. Entah2 nanti dapat Inspira jerk.Kan bb? nGee~





Lastly, CUBA TEKA SIAPA NI??? ;p

Thursday, September 9, 2010

Last preparation: EID MUBARAK SEMUA!

LB menerima kunjungn sy kelmarin. Agaga~


Juz get back from LB on d last Monday. Sampai jerk Alor Setar, I dh menjerit. Babah!! Tertinggal purse! Semangat nk raya turh, habes semua tertinggal. Yg plg bt I gundah gulana bila teringat my couple rings kt dlm toilet. Nyawa nih ;p




Menghabiskan baki terakhir Ramadhan mmg mcm teruja ckt. nGee~ ecece semua org cmtu kaaaann. Unbelievable bila I dh berjaya anyam ketupat. Lol :p
2nd trial after last Ramadhan.ehee~


2morrow ‘ll be d busiest day for everyone. For sure! Nk bt chocolate cake lagik. Sis Sheila dh belikan kuih ghaye byk skali. Teringat Kek Lapis Sarawak tahun lps. Mahai x hengat! Tp sodap haa.. Klu Syawal kali ni kt Kediaman Teratai ad bt jamuan raya kn best. Bole mkn sedap! Every time kena tgu Aidiladha baru boleh mkn sedap2 kt jamuan turh. Haish!


Raya tahun nie, I baru igt nk g umah Uncle Sobri. Alahai terpaksa cancel. Uncle baru je fly ke London. Uncle, rindu!


Btw, Eid Mubarak semua! Maafkan ara klu ad tercubit perasaan anda ;p

Thursday, August 19, 2010

Little Bubu

Terima kasih Ila Eliz krn bersama2 selamatkan dia.

Terima kasih Carol krn meluangkan masa merawat laparnya.hee

Terima kasih Tiktik dan Nini cokelat celup krn memahami.

Semoga Allah membalas niat suci kita :)


Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan - Without my Nasheila :(

This could be the most exciting and memorable Ramadhan for me. Thanks Allah for yesterday. Oke shhh!! Tak bole bagitau kenapa. Thee~


Tengah window shopping semalam pn still ada customer nak order. TQVM Idayu! 




Tengss Fara and Syuk jugak! ;))




Then fiikiran mula la merewang smpai Masjid India haa. Sbb I ingat I nk restock shawls. Tapi kena abeskan Batch IV nie dulu kan kan. Ladies, I've offered you a reasonable discout prices. Instead of selling RM12 per piece, I juz  sell SAPLOH HENGGET. No markup price for transportation cost. Oho~


I suka surprise kan my mom babah and adik2. Tiba2 jerk ketok2 pintu, tadaaaa~!! Mama, I'm home...!! Ngee~Sampai kat Kediaman Teratai pun dah almost 7 pm. Oh, seronok sgt naek keta Ijau ke Surau badar. Dat car sebenarnya dah lama haa terperuk kt bawah umah. Tapi selalu jerk teringat kt Sis Sheila. 



Kakak, I teringat kenangan kita!Sahur tadi pun I teringat milo yg kaka buat utk adik. Tadi I bangun awal tlg mama. I rindukan u :(


Saturday, July 3, 2010

Wait For Me, LB

Heho morning semua!
Arrghh baru bgun tido. Genyeh2 mata sikit, rapi2 kan rambut yg dh mcm sarang labah2. Eh, bila pulak sarung bantal nih ada gambar peta?!! nyenyak ko tido ye, ara.


Ahha =D


Ni mungkin gara2 Brazil kalah game pg td.ngahaha. Oops!



Cece buat muka tak suka


Frankly speaking, I tak suka bola. Not hate it, but tak suka. Tiap hari my fb mesti penuh dgn comments kwn2 ttg bola. Adoi!! Most of them are my gurlfrens, Pergh cayalah!


Tinggal dua jam lagi before I'm leaving. Cecece menghitung masa kowt! Malas kot nk blk LB. Tp rindu kt bantal musyuk sana. Banyak lagi barang tak kemas. Thanx Sis Sheila sbb sudi hantarkan. Lately i selalu blk  dgn bas. Hey, it's not me oke! I hate travelling dgn bas Merbok - Alor Setar. But I LOVE TRAVELLING TO KL. Wee~


Oke i perlu mandi skrg! Grab a bite of bread pstu nk kena ngemas. Haish!

I'll miss Mama =( and Babah and Dik Teh and Dik Muni.

Weh, sila gado2 lagi dpn achik. Rindu ah nk tengking anda2 lagi. Muahaha. Garang giler!!!

Thursday, April 15, 2010

Bila sy kerinduan~


Frankly speaking, i never feel lonely. Being with Mama Mila, Babah Gani, abg Pitt, Sis Sheila, DikTeh n DikMuni yg sometimes like cat and dog tu membuat hidup i bising nk mampos. Oh takpa bising tu i suka. Sbb i suka giler part i buat2 meradang kt DikMuni lps tu i senyum2 kambing kt DikTeh. Haha mereng~




Tp dis sentence mmg penipuan paling melampau i had done - Frankly speaking, i never feel lonely. Ceh tak penah lonely ye Cik Ara. Bistu yg u nangis2 tiap mlm rindu Mama picit kepala bila u migrain tu apa? Yg u termenung2 dpn tingkap dapur teringatkan Abah tu apa? I mmg rindu nk terpekik terlolong kt adik2 i bila dua2 org tu bergado rebutkan remote. Ces mcm budak kecik~!


I penah jeles pada Kakak.




I felt like Mama treated her well than me. Fikiran budak hingusan. I noe dat Mama feels so lonely when Sis Sheila got married. Dah takda sapa nk bawa Mama shopping2 kt Giant Alor Star kan. Dah takda sapa bawa Mama balek Kg. Alor Setol or menjenguk Nenda Yam kt Kg Guar kan. Sekarang nie i sgt rasakan yg Mama perlukan i. I feel close to her right now berbanding dulu.


Babah? Tak payah tanya haaa.. i mmg rapat gila babeng dgn abah. Ooohh he's my abahku yg hensem. Sapa bole lawan. haha

Tiba2 teringat si kenit Adib Mirza.




He's so cute oke.





Lagi2 bila dia majok kt mama dia. Lari2 masuk bilik. Ces~! Comel kot. Hell yeaahh..tak saba nk tgu end of April. Then balek kg, celebrate our besday (my besday, Mama, Babah n Bro Pitt). Hmmm..bila ek i bole pegi mandi manda kt Lata Celak.


Haih final~!!! adoiii Mama Babah abg Sis Sheila Teh  Muni~~!!! Tolon~!!

Saturday, February 20, 2010

The Greatest Cuti CNY~

At first, bukan niat sy mahu menghabeskan mid sem break yg seminggu ini di kg.


Sbb?


Sy mau bekerja.

Sbb?


Duit poket yg ptptn bg maken susut.

>.<


Tp last2 sy lah antara org yg terawal angkut beg pakaian yg terlukis garfield yg chubby ala2 Hencek Am, bersama beg galas pink yg sy letakkan lappy ksygn di situ, dan ada jugak sebaldi pakaian musyuk yg dh seminggu tak basuh.


Euuww musyuk. Tutup idung!


CNY mmg best! Sukanya sy bila bunga api asek berdentam dentum kt playground baru dpn umah Uncle Rich (oke mmg tak tahu nama dia.Ngee..) Best sgt bila tiap2 malam dpt tgk bunga api. Lagi gempak dr bunga api New Year Eve oOoo...~


And two days ago, my kazen dh selamat jd bini org. She's 1 year older. Habes tu, sy bila lagi?


;D


Ara gatai!!!


Oh ya. Semalam sy jalan2 di Tg Dawai dgn Sis Sheila and Abg Long sebelom kami pegi umah Bro Pitt di Kulim. Sgt best dpt picit2, guling2, geget2 si kenit Mohd Adib Mirza lagi.


Tak sabar nk tunggu my Sis Sheila punya anak pulak ;)

Tuesday, February 2, 2010

Maseh cewi dgn Gitar Baru!! ;)

Sy mmg dah nekad dlm hati utk lupakan hasrat m'beli gitar bila Mak (Am's mom) tego dat day.Huhu..Tapi bila sy balek ke kg last week, Mama asked me bout my guitar. Terus2 bersemangat ajak Bro Pitt ke Rhythm Music di Jln Stadium, Alor Star to buy one.



RM 88. Gitar tong pn tong lah ye. Hee. Hilang gian dowh. ;)



Hik! Sgt shuke3!!!


Mama & Abah sporting plk, siap petik guitar sambil mengenang zaman muda2 dulu. Bes!


I'm so hectic since last Sunday. Got to practise for Makan Malam Bersama Pengarah mlm Rabu nie. Sy perform malam tu. Dah lama x bt performance. Rasa sgt nervous.

Saturday, January 30, 2010

For my PakCik Sobri

When I'm writing here, I never expect to have many silent readers yg follow my story :) All of them of course la my fren kan. My classmates, my housemates, bla bla bla. Dan tak sangka ada kalanya my writing meninggalkan kesan kpd mereka. Wallamak, terharu nie..

Lagi-lagi bila teringatkan my Uncle Sobri, ayah Chaq. I still remember his last comment on my "A Wrap Up of Dec 2009". I was so touching when I read this:


"Assalamualaikum Deqna

Teruskan usaha tanpa jemu pasti kejayaan menanti dihadapan jgn terlalu dibuai perasaan dan harapan yg lain tumpukan pada nawaitu yg satu, kan dah final year I hope
my beloved daughter will success in what ever you like and hope the dream will come true, byee be the best - Pak Cik"


He's my "second" father. Jgn mara,chaq ;) He was the one yg berulang-alik amek sy, Mama, Sis Sheila, Dik Teh and DikMuni yg baru mencecah setahun ke hospital utk melawat Abah. He has very big heart. I can tell u. baik sgt..


Lps Abah sembuh dari kemalangan tahun 1996 tu, we keep ziarah-menziarahi. MOstly masa time raya la. Tergedik-gedik seronok bila dpt duit raya dr Uncle Sobri. Sy dapat dt lebey dr adik2 oke! ;)

When I was in Form 4, sy berkenalan dgn Chaq, his son yg selama nie sy tak penah ckp oke! Still keep in touch masa tu.


Tp..bila PakCik pindah, sgt susah nk menjenguknya. I've told Abah, plead him to go to PakCik's house. But, when Abah free, sy sibuk. Bila sy free, Abah sibuk.

No duit raya lebey lg dr PakCik :'(

Walaupun dh lama tak bertemu, sy tahu PakCik masih sayangkan sy :) Ye???

Sebab dia sentiasa dalam ingatan saya dan dia tetap papa kedua kesayangan saya.

Tuesday, December 15, 2009

A WRAP UP OF DISEMBER 2009

My Nov and Dec of 09 are my relaxing period. No books, no homework, no need to rushing to class, bla bla bla and bla. The most important, TAK PERLU BERLAPAR & TAK PERLU MKN MAGGI TIAP HARI.


BUT!

It becomes my daily routine to wake up early and make breakfast to my family. Hoho~DikTeh always helping me. “ke dia yg bantu sy di dapur?”
Hmm when laziness comes, DikTeh has to make breakfast for 4 by herself while I am sleeping at pengantin’s room! ;)


My exam result was not bad. But not good enough to get a big present from Mr. B. Who cares? My Mr. B is big enough to be my big present. “Mampos kena puk nt.Hoh takot!” 0.43 lg menghampiri 3.50. Eiii~!!!! Too close. Congratulation to Tqah, Zu, Carol and Ila yg berjaya menandingiku (sbnrnya I xtahu pn pointer carol n ila). Ooo nanti ampa!!


Yes Nana, I’ll try harder next sem – with webcam and calling serentak
Nana yg suruh


These two months have giving a big pleasure to me. Very happy to get close to PakNjang again. His house is on hill. Hoh, very tired to climb up. All family members of Nenda Yam were gathering there. Sgt seronok!



Also beraya haji for the 1st time with new family members – Fazli Sheila




Mohd Adib Mirza Bin Mohd Rafez Bin Abdul Gani can walk already. Cumel oh!





I’ve done with my reading – My Diaries 2000-2008. Yet, no memoir of 2005-2006. Except for ’09 la sbb I wrote here. Sgt sedey maa kehidupan lalu~! Juga sgt seronok hidup sy sebelom inih.

My children and grandchildren, bila kamu bosan2 baca la manuskrip yg nenda tinggalkan ini ya. Waah,Nenda Ara niiiihh dh mcm Inang Sari!!

Before I back to Merbok and live in new, beautiful and gorgeous house jgn perasan, sewa je, my family except yg dh berkahwin oke, we’ll spend 3 days in Pangkor. Hoyeaaaaahhh~!!!

Sgt tak sabar!

P/S for Mr. B -