Sebelah kaki saya telah melangkah dari dunia bujang.
Ya, Allah. Betapa saya merasakan hidup saya amat indah saat ini. Saya bersyukur kerna saya punya Mama dan Abah yg memahami, saya memiliki siblings yg sanggup berkorban demi saya, saya punya sahabat2 yg sanggup sponsor harta benda & peluh keringat demi saya :) Alhamdulillah, Majlis Pertunangan Ara & Amnan berjalan lancar dan meriah. Majlis kecil, tapi meriah. Sy suka, sy gembira. Sampai saat ini pun :)
Hantaran Pihak Perempuan:
1- Cupcakes - boleh order dari ex-schoolmate saya, Wan Nadia Nastasha. Klik sini.
2- Chocolate - Sponsored by sahabat baik, Atiqah Apit
3- Chocolate Bar - Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
4- Ferrero Rocher - dari Haniffa's shop
5- Love Cakes - Sponsored by sahabat baik, Nini Nizam
6- Salt (dibuat bentuk bawang putih) - Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
7- Sweets - Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
8- Fruits
9- Sireh Junjung
Hantaran Pihak Lelaki:
1- Sireh Junjung
2- Cincin
3- Cupcakes
4- Chocolate
5- Buah-buahan
6- Tuala (dibuat bentuk bunga)
7 - Sweets
Terima kasih Udin sebab buatkan pelamin ni. Saya dah puas hati macam ni. Simple but nice. Kalau siapa2 nak upah Udin untuk buatkan pelamin, roger saya!! Btw, Udin adalah sepupu kepada sahabat baik saya, Imna Karmila.
Saya sewa 9 bekas hantaran daripada En. Jeffrey dgn harga RM150. Saya jumpa dia di website "Mudah". Tapi dia sebenarnya bukan buat bisnes sewa menyewa ni tau. Cuma dia nak let go bekas hantaran dia yg dulunya dia guna masa majlis perkahwinannya. Boleh je kalau nak beli, harganya RM350. Katanya, dulu dia upah buat bekas hantaran ni dgn harga RM750.Tapi kang kalau beli nyemak pulak rumahku. Haiyo..Tapi masa majlis ni saya cuma guna DUA saja!!
MasyaAllah saya memang sangat suka dgn baju tunang nie, dibeli di butik dalam Carrefour Wangsa Maju. Halamak tak hengat la nama butiknya.Tapi kat situ memang banyak sangat pilihan dan kena pandai2 tawar lah ye. Harga asalnya RM250, tapi dapat murah sikit hasil tawar menawar. Terima kasih mertua dan suami :) Baju pertunangan saya ni ada beads putih seperti mutiara putih di bahagian dada, hujung lengan baju dan di bahagian bawah baju. Kain pulak stail duyung haa. Veil pink saya sewakan di Butik Ryta di Alor Setar. Harga sewanya RM450 termasuklah sampin merah jambu yg akan dipakai Amnan pada hari pernikahan, baju pernikahan saya, mahkota, dan dua bantal sila. MMmmmahai! Tapi sangat cantik T____T
Saya make up sendiri pada hari pertunangan tu :)
Cuma Allah yg tahu mcm mana ringkasnya persiapan yg kami rancang, tapi alhamdulillah semuanya jadi meriah dgn kerjasama semua. Saya sangat2 bersyukur. Salah satu perkara yang memeningkan kami mula2 dulu adalah tentang photographer. But last minute kami dapat photographer dari Majlis Bandaraya Alor Setar, kawan ibu Amnan sendiri. Dan ada 4 5 photographer free! Tak kisah la snap dgn DSLR, digital camera or even handphone pun. Thank you kawan2 dan keluarga!
Jamuan serba ringkas hasil gotong-royong jiran2 Taman Teratai dan ahli keluarga:
1- Mi sup
2- Mi tomyam
3- Mi goreng
3- Kuih Jala
4- Seri Muka
5- Agar-agar
Bakal suami saya datang dengan baju Melayu kaler light pink. Sy sangat terharu kerna dia sanggup pakai warna fav saya. Sungguh, terima kasih, bb :)
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Semoga Allah merestui perjalanan cinta ini. Amiiiin.
P/S: More pics here >>> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.334778806547406.83065.100000458697458&type=3