Showing posts with label WEddING TIme. Show all posts
Showing posts with label WEddING TIme. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Permulaan Percintaan Ara Amnan - Terima Kasih

25.12.2011




Dah 2 bulan  sejak tarikh tu. Dan dah 5 tahun 2 bulan sejak tarikh 25.12.2006. Masa mula-mula Ara dan Amnan buat keputusan untuk berkahwin dua bulan yg lalu, ramai kawan-kawan Ara yang terkejut. Dan ada yg buat tekaan yg sangat2 salah. Sebab ramai yg taktahu yg tarikh tu sebenarnya adalah tarikh yang paling bermakna pada kami sejak 5 tahun yg lalu.



How time flies fast.



Ara masih tersenyum sampai sekarang. Dan sampai bila2 pun Ara mahu tersenyum
^______^ can a? (Chinese ascent)



Dalam masa sebulan lebih, Ara dan keluarga especially Mama, Abah, Kakak Nasheila dan Abg Fez sangat sibuk. Well okay, I wasn't that much busy as Mama. Sebab most of d important parts Ara dah bagi pada BUTIK DE QASEH, atas McD City Plaza, Alor Setar. Alhamdulillah, Allah telah mengatur segala-galanya dengan sangat sempurna untuk kami. Dengan Pakej D sebanyak RM2400 Ara dan Amnan dapat semua ini:

- Bridal makeup 2x



- Baju Pengantin lelaki&perempuan dua pasang.







- Hiasan bilik tidur untuk 1 majlis.
- Pelamin untuk 1 majlis (digantikan dgn hiasan bilik tidur untuk majlis di rumah Ara)
- Hiasan meja pengantin untuk 1 majlis.


Memandangkan pakej tu tak lengkap untuk kami, jadi kami tambah:
- Hiasan meja pengantin untuk majlis di rumah Ara.
- Upah gubahan hantaran untuk kedua2 majlis (1 bekas = RM45 ++)


Hantaran dari pihak pengantin perempuan:
- Sireh Menanti
- Sejadah sponsored by Mama
- Kain Pelekat sponsored by Mama
- Cake sponsored by Hani 
- Fruits
- Kemeja
- Jam tangan Tag Heuer









Hantaran dari pihak pengantin lelaki:
- Sireh Junjung
- Telekung
- Kain suit
- Jam Tangan Esprit
- DSLR Sony
- Eclipse Heels



Syukur Ya Rabb. Semuanya sangat sempurna pada Ara dan keluarga.



Terima kasih Mama untuk semua penat lelah Mama selama ini, untuk semua wang ringgit dan pengorbanan Mama dan Babah untuk Cik, abg, kakak dan adik2.




Terima kasih Babah untuk semuanya. Untuk rumah yg semakin lama semakin besar :)



Terima kasih Kakak dan Abang yg sangat ku sayang, Nasheila dan Rafez. Juga pasangan masing2.







Untuk kasih sayang yang tak terbalaskan. Untuk 400 beg sweets yang Kakak sponsor untuk Majlis Perkahwinan adikmu. Terima kasih Abg Fez untuk hiasan rumah yg semakin lama semakin cantik ;) Terima kasih untuk Adikku Nurfarah dan Adik Bongsu Muni kerana menjadi adik yg terbaik untuk kakak ini.




Terima kasih untuk segala penat lelah menjayakan Majlis Resepsi Ara&Amnan di kampung halaman kita. 
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya untuk keluarga kita. 
Amin.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, January 18, 2012

Perasaan - Tunangan Orang

Sebelah kaki saya telah melangkah dari dunia bujang. 


Ya, Allah. Betapa saya merasakan hidup saya amat indah saat ini. Saya bersyukur kerna saya punya Mama dan Abah yg memahami, saya memiliki siblings yg sanggup berkorban demi saya, saya punya sahabat2 yg sanggup sponsor harta benda & peluh keringat demi saya :) Alhamdulillah, Majlis Pertunangan Ara & Amnan berjalan lancar dan meriah. Majlis kecil, tapi meriah. Sy suka, sy gembira. Sampai saat ini pun :)

Hantaran Pihak Perempuan:
1- Cupcakes - boleh order dari ex-schoolmate saya, Wan Nadia Nastasha. Klik sini.
2- Chocolate - Sponsored by sahabat baik, Atiqah Apit
3- Chocolate Bar - Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
4- Ferrero Rocher - dari Haniffa's shop
5- Love Cakes - Sponsored by sahabat baik, Nini Nizam
6- Salt (dibuat bentuk bawang putih) - Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
7- Sweets -  Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
8- Fruits
9- Sireh Junjung

Hantaran Pihak Lelaki:
1- Sireh Junjung
2- Cincin
3- Cupcakes
4- Chocolate
5- Buah-buahan
6- Tuala (dibuat bentuk bunga)
7 - Sweets


Terima kasih Udin sebab buatkan pelamin ni. Saya dah puas hati macam ni. Simple but nice. Kalau siapa2 nak upah Udin untuk buatkan pelamin, roger saya!! Btw, Udin adalah sepupu kepada sahabat baik saya, Imna Karmila.

Saya sewa 9 bekas hantaran daripada En. Jeffrey dgn harga RM150. Saya jumpa dia di website "Mudah". Tapi dia sebenarnya bukan buat bisnes sewa menyewa ni tau. Cuma dia nak let go bekas hantaran dia yg dulunya dia guna masa majlis perkahwinannya. Boleh je kalau nak beli, harganya RM350. Katanya, dulu dia upah buat bekas hantaran ni dgn harga RM750.Tapi kang kalau beli nyemak pulak rumahku. Haiyo..Tapi masa majlis ni saya cuma guna DUA saja!!


MasyaAllah saya memang sangat suka dgn baju tunang nie, dibeli di butik dalam Carrefour Wangsa Maju.  Halamak tak hengat la nama butiknya.Tapi kat situ memang banyak sangat pilihan dan kena pandai2 tawar lah ye. Harga asalnya RM250, tapi dapat murah sikit hasil tawar menawar. Terima kasih mertua dan suami :) Baju pertunangan saya ni ada beads putih seperti mutiara putih di bahagian dada, hujung lengan baju dan di bahagian bawah baju. Kain pulak stail duyung haa. Veil pink saya sewakan di Butik Ryta di Alor Setar. Harga sewanya RM450 termasuklah sampin merah jambu yg akan dipakai Amnan pada hari pernikahan, baju pernikahan saya, mahkota, dan dua bantal sila. MMmmmahai! Tapi sangat cantik T____T


Saya make up sendiri pada hari pertunangan tu :)

Cuma Allah yg tahu mcm mana ringkasnya persiapan yg kami rancang, tapi alhamdulillah semuanya jadi meriah dgn kerjasama semua. Saya sangat2 bersyukur. Salah satu perkara yang memeningkan kami mula2 dulu adalah tentang photographer. But last minute kami dapat photographer dari Majlis Bandaraya Alor Setar, kawan ibu Amnan sendiri. Dan ada 4 5 photographer free! Tak kisah la snap dgn DSLR, digital camera or even handphone pun. Thank you kawan2 dan keluarga!

Jamuan serba ringkas hasil gotong-royong jiran2 Taman Teratai dan ahli keluarga:
1- Mi sup
2- Mi tomyam
3- Mi goreng
3- Kuih Jala
4- Seri Muka
5- Agar-agar

Bakal suami saya datang dengan baju Melayu kaler light pink. Sy sangat terharu kerna dia sanggup pakai warna fav saya. Sungguh, terima kasih, bb :)



Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Semoga Allah merestui perjalanan cinta ini. Amiiiin.

P/S: More pics here >>> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.334778806547406.83065.100000458697458&type=3

Monday, October 26, 2009

SlmT BeruMah TangGa, Kakak!!

16/10/2009: MAJLIS PERNIKAHAN SIS SHEILA & BRO FAZLI




Alhamdulillah. Akhirnya impian my kakak yg chubby tp ttp comel ni ;) tercapai jgk. Nggee..

Tp mlm nie gila failed make up dia. Tak seperti yg sy nak!



Sy lah tukang make up dia!


Huh!! A little bit clumsy at dat time sbb majlis pernikahan dibuat after solat maghrib di Masjid Hutan Kampung. Juz her and me yg solat kt umh. Yg laen suma dh bersiap sedia tgu kt masjid seawal jam 6.30 ptg. Walaupun majlis ni ditunda beberapa kali slh imam yg flightnya asek delay ok, tp syukurlah sumanya A OK!!



17/10/2009: MAJLIS PERKAHWINAN SIS SHEILA






Kakak sy mmg cantek!!! :)

Dah jadi isteri nie, klu nk kuar window shopping kt Longwan pn kena gtau husband dl tau


:p


Make up hari nie mmg ok. ok dlm gmbr, tp realitinya bila dh sejam dua jam muka bertempek makeup, last2 muka dh nmpk berceloreng. Masa sis di makeup, sy tgk cosmetics yg diguna mak andam. Alamak, kenapa kamu guna cosmetics dari China???? Oh..!! Jadi, lps solat Asar sy terpksa makeup kakak semula dan ronda2 dgn baju pengantin di sekitar Alor Star. Gila weh suma keta asyek hon bila nampak kami. Hik, peace~



Selain jadi mak andam kakak, sy juga bercita2 nk jadi photographer. Lalala~















Tgu entry utk majlis perkahwinan di umah pengantin lelaki, ya~


Sy buat kejutan di sana ;)


Sunday, July 19, 2009

She's geTTing MaRRiEd

Sy sgt sibuk sekarang!

Tp rasa sgt seronok.

Asek2 kuar shopping cari cadar PENGANTIN, tirai PENGANTIN, baju PENGANTIN.





Everything is about PENGANTIN.

Poket tak berapa penuh, tapi harapannya biar tampak mcm wedding of the year. Jugak! :P

Seronok sgt bila involve dlm manage dis coming wedding. Everybody rasa stress, kelam kabut tp BESH!

Sy dh x sabar lagik! Hik! Mcm ara yg nk kawen ;)

Baju pengantin + kasut + make up kami tempah di Alor Star. Tp baju pengantin kt Jitra tantek oh! Cuma gila ah klu nk make up dr sana. Jaoh tuh!

Ara dh tak sanggup nk make up Sis Sheila lg. Sgt scary + berdebar nk luruh jntung bagai sbb dia nmpk tersgt cantek. Hak! Betul nih!







Masa engangement yg lps, ara jd mak andam utk Sis Sheila. Tgn sgt menggeletar tunggu masa jd kaku. Tp, bila semua yg melihat terpaku, kira ok la tu ;)





It was the 2nd time I make up PENGANTIN :)




Moga semuanya berjalan lancar~

;)