Friday, March 2, 2012

How Time Flies Fast: Life for Two

I repeat. HOW TIME FLIES FAST.



A year ago, sy masih seorang practical student terhormat yg selalu merengek pada Abah dan Mama dan pada Abah Jit BSN, Cheknot BSN dan Encik Amnan Zakaria T_T Six months later, sy dah berada di Kuala Lumpu-q, seeking for a job like crazy, went to many horrible interviews (haaaaa takut??!!), and now I'M MARRIED! Thanx Allah, Tuhan kami Yg Satu kerana memudahkan segala-galanya yang telah dirancang LAST MINUTE!


How I'm grateful to have an understanding family. 
Tq :)



I lived in Setapak, KL dulunya. Sy sangat suka singgah di Souvenir Shop di Sri Rampai sebab kat situ sangat banyak barangan comel2 dan ala-ala British style. Semua barangan rumah like beautiful white mirror with English design, tempat letak kunci, sarung bantal, bla bla bla. But, don't expect like IKEA okay. This isn't one stop shop for your house furniture. Ini untuk barang2 kecik saja maaa.






So now Ara & Amnan have moved to Ampang. Life is so sweet to be just two of us :) W/pun hanya Tuhan yg tahu betapa penatnya sy memasak after work, tp rasa sangat seronok bila dapat makan sama2 dan bila dapat tengok my husband senyum kekenyangan. Heee :D As other wives, this is not a burden, yet this is a proof of love, the real love and a responsibility. Air mata saya selalu jatuh bila mengenangkan Mama. Sy pernah menangis teresak-esak dalam bathroom sebab saya amat rindukan Mama, sy amat rasa terhutang budi pada Mama. Betapa Mama sangat tabah. Become a housewife is not as easy as I think. How my mom can handle all 5 of us without fail. Air mata sy jatuh lagi saat ini.



Sy sangat suka memasak. But yeah, semuanya adalah kali pertama kecuali untuk masakan sambal, pindang, asam pedas, kari ikan, etc. Most of the time, Mama selalu masak dengan ikan kembong, eleh KL la sangat. IKAN TERMENUNG! Since hubby say no to ikan dan dia sangat gilakan ayam, so I cooked chicken dish every day! Imagine that. Before going home from office, saya google resipi. wee sungguh, saya bukan Chef Liza.


Ini website resipi yg sangat membantu saya: http://www.myresipi.com/



I've tried these dibantu website tersebut:



Weekend ni mari masak berjemaah di rumah masing2 ye ;)
But yeah, hujung minggu ni sangat sibuk. Sebab Ara dan Amnan akan re-opening our AraAmnan Bputique,
Need to do few photoshoot, editing dan paling penting adalah memastikan our lappy dalam keadaan sihat.
Sebab we are doing online business :)



Jadi, stay tuned for our next collection.
Selamat berhujung minggu.




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sunday, February 26, 2012

Permulaan Percintaan Ara Amnan - Terima Kasih

25.12.2011




Dah 2 bulan  sejak tarikh tu. Dan dah 5 tahun 2 bulan sejak tarikh 25.12.2006. Masa mula-mula Ara dan Amnan buat keputusan untuk berkahwin dua bulan yg lalu, ramai kawan-kawan Ara yang terkejut. Dan ada yg buat tekaan yg sangat2 salah. Sebab ramai yg taktahu yg tarikh tu sebenarnya adalah tarikh yang paling bermakna pada kami sejak 5 tahun yg lalu.



How time flies fast.



Ara masih tersenyum sampai sekarang. Dan sampai bila2 pun Ara mahu tersenyum
^______^ can a? (Chinese ascent)



Dalam masa sebulan lebih, Ara dan keluarga especially Mama, Abah, Kakak Nasheila dan Abg Fez sangat sibuk. Well okay, I wasn't that much busy as Mama. Sebab most of d important parts Ara dah bagi pada BUTIK DE QASEH, atas McD City Plaza, Alor Setar. Alhamdulillah, Allah telah mengatur segala-galanya dengan sangat sempurna untuk kami. Dengan Pakej D sebanyak RM2400 Ara dan Amnan dapat semua ini:

- Bridal makeup 2x



- Baju Pengantin lelaki&perempuan dua pasang.







- Hiasan bilik tidur untuk 1 majlis.
- Pelamin untuk 1 majlis (digantikan dgn hiasan bilik tidur untuk majlis di rumah Ara)
- Hiasan meja pengantin untuk 1 majlis.


Memandangkan pakej tu tak lengkap untuk kami, jadi kami tambah:
- Hiasan meja pengantin untuk majlis di rumah Ara.
- Upah gubahan hantaran untuk kedua2 majlis (1 bekas = RM45 ++)


Hantaran dari pihak pengantin perempuan:
- Sireh Menanti
- Sejadah sponsored by Mama
- Kain Pelekat sponsored by Mama
- Cake sponsored by Hani 
- Fruits
- Kemeja
- Jam tangan Tag Heuer









Hantaran dari pihak pengantin lelaki:
- Sireh Junjung
- Telekung
- Kain suit
- Jam Tangan Esprit
- DSLR Sony
- Eclipse Heels



Syukur Ya Rabb. Semuanya sangat sempurna pada Ara dan keluarga.



Terima kasih Mama untuk semua penat lelah Mama selama ini, untuk semua wang ringgit dan pengorbanan Mama dan Babah untuk Cik, abg, kakak dan adik2.




Terima kasih Babah untuk semuanya. Untuk rumah yg semakin lama semakin besar :)



Terima kasih Kakak dan Abang yg sangat ku sayang, Nasheila dan Rafez. Juga pasangan masing2.







Untuk kasih sayang yang tak terbalaskan. Untuk 400 beg sweets yang Kakak sponsor untuk Majlis Perkahwinan adikmu. Terima kasih Abg Fez untuk hiasan rumah yg semakin lama semakin cantik ;) Terima kasih untuk Adikku Nurfarah dan Adik Bongsu Muni kerana menjadi adik yg terbaik untuk kakak ini.




Terima kasih untuk segala penat lelah menjayakan Majlis Resepsi Ara&Amnan di kampung halaman kita. 
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya untuk keluarga kita. 
Amin.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, January 18, 2012

Perasaan - Tunangan Orang

Sebelah kaki saya telah melangkah dari dunia bujang. 


Ya, Allah. Betapa saya merasakan hidup saya amat indah saat ini. Saya bersyukur kerna saya punya Mama dan Abah yg memahami, saya memiliki siblings yg sanggup berkorban demi saya, saya punya sahabat2 yg sanggup sponsor harta benda & peluh keringat demi saya :) Alhamdulillah, Majlis Pertunangan Ara & Amnan berjalan lancar dan meriah. Majlis kecil, tapi meriah. Sy suka, sy gembira. Sampai saat ini pun :)

Hantaran Pihak Perempuan:
1- Cupcakes - boleh order dari ex-schoolmate saya, Wan Nadia Nastasha. Klik sini.
2- Chocolate - Sponsored by sahabat baik, Atiqah Apit
3- Chocolate Bar - Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
4- Ferrero Rocher - dari Haniffa's shop
5- Love Cakes - Sponsored by sahabat baik, Nini Nizam
6- Salt (dibuat bentuk bawang putih) - Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
7- Sweets -  Sponsored by eldest brother, Bro Pitt and his wife, Sis Masita
8- Fruits
9- Sireh Junjung

Hantaran Pihak Lelaki:
1- Sireh Junjung
2- Cincin
3- Cupcakes
4- Chocolate
5- Buah-buahan
6- Tuala (dibuat bentuk bunga)
7 - Sweets


Terima kasih Udin sebab buatkan pelamin ni. Saya dah puas hati macam ni. Simple but nice. Kalau siapa2 nak upah Udin untuk buatkan pelamin, roger saya!! Btw, Udin adalah sepupu kepada sahabat baik saya, Imna Karmila.

Saya sewa 9 bekas hantaran daripada En. Jeffrey dgn harga RM150. Saya jumpa dia di website "Mudah". Tapi dia sebenarnya bukan buat bisnes sewa menyewa ni tau. Cuma dia nak let go bekas hantaran dia yg dulunya dia guna masa majlis perkahwinannya. Boleh je kalau nak beli, harganya RM350. Katanya, dulu dia upah buat bekas hantaran ni dgn harga RM750.Tapi kang kalau beli nyemak pulak rumahku. Haiyo..Tapi masa majlis ni saya cuma guna DUA saja!!


MasyaAllah saya memang sangat suka dgn baju tunang nie, dibeli di butik dalam Carrefour Wangsa Maju.  Halamak tak hengat la nama butiknya.Tapi kat situ memang banyak sangat pilihan dan kena pandai2 tawar lah ye. Harga asalnya RM250, tapi dapat murah sikit hasil tawar menawar. Terima kasih mertua dan suami :) Baju pertunangan saya ni ada beads putih seperti mutiara putih di bahagian dada, hujung lengan baju dan di bahagian bawah baju. Kain pulak stail duyung haa. Veil pink saya sewakan di Butik Ryta di Alor Setar. Harga sewanya RM450 termasuklah sampin merah jambu yg akan dipakai Amnan pada hari pernikahan, baju pernikahan saya, mahkota, dan dua bantal sila. MMmmmahai! Tapi sangat cantik T____T


Saya make up sendiri pada hari pertunangan tu :)

Cuma Allah yg tahu mcm mana ringkasnya persiapan yg kami rancang, tapi alhamdulillah semuanya jadi meriah dgn kerjasama semua. Saya sangat2 bersyukur. Salah satu perkara yang memeningkan kami mula2 dulu adalah tentang photographer. But last minute kami dapat photographer dari Majlis Bandaraya Alor Setar, kawan ibu Amnan sendiri. Dan ada 4 5 photographer free! Tak kisah la snap dgn DSLR, digital camera or even handphone pun. Thank you kawan2 dan keluarga!

Jamuan serba ringkas hasil gotong-royong jiran2 Taman Teratai dan ahli keluarga:
1- Mi sup
2- Mi tomyam
3- Mi goreng
3- Kuih Jala
4- Seri Muka
5- Agar-agar

Bakal suami saya datang dengan baju Melayu kaler light pink. Sy sangat terharu kerna dia sanggup pakai warna fav saya. Sungguh, terima kasih, bb :)



Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Semoga Allah merestui perjalanan cinta ini. Amiiiin.

P/S: More pics here >>> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.334778806547406.83065.100000458697458&type=3

Wednesday, December 21, 2011

SINGLE-Family Becomes Priority

Rasa-rasanya sempat lagi tak kalau ada yang nak mengorat saya hari ini.
^____________________________________^


Dah lama sy letak SINGLE di relationship status fb. Semenjak tu ada yg mencuba nasib. Ada yg text me utk bertanya khabar dan asked me to be tough mengharungi liku2 bercinta. Muahehe. Semua beranggapan yg sy benar2 single and available. Sampai saat ini, sy masih terima salam perkenalan dari jejaka2 yg ingat sy masih single. Even today sy dapat dua message nak berkenalan dgn lebih lanjut! Okay mungkin sy perasan lebih! haha!

Ya Allah,temukanlah kami di Jannah nanti.

Sy bertuah kerana sy anak tengah. Sy ada abang, sy ada kakak, dan sy ada dua orang adik perempuan yg cantik! Sy bertuah kerana abang sy tidaklah kasar orangnya. Pencarian cinta dia juga lebih lama dari saya, 6 tahun! Sy tabik dia sebab jiwanya lembut, tidak sekasar jiwa2 ganas lelaki lain di luar sana. Tapi dia bukan lelaki lembut, awwwwwwwww! Sy suka lintas jalan macam anak ayam, tak pandang kiri kanan dan mengharapkan kereta yg berhenti sebab takutkan sy. Kalau keluar ke pekan, Mama dan Abang suka tarik tocang sy. Sy marah dan merajuk sebab tocang sy dah tak cantik. Sy selalu ngadu pada Abah bila sy merajuk. Dulu org selalu cakap yg sy anak emas abah ^_^





Tapi bila sy dah pandai berfikir, baru sy faham kenapa Mama dan Abang marah saya. Abang bertuah sebab dapat isteri yg pandai masak. Sup daging dan western food nya best!!



Dulu, sy dan kakak macam cats dog. Dia suka cubit sy sebab katanya sy nakal. Sy memang nakal T__T

Sy cuba ingatkan kembali saat2 kami bergaduh, tapi satu pun tak keluar di minda sy. Kerana pertelingkahan kami yg dulu sebenarnya merapatkan hubungan kami. 




Supaya kami sedar yg kami memerlukan antara satu sama lain. 




Kakak bertuah kerana pencarian cintanya hanya beberapa ketika. Terima kasih Abang Long. 




Kalau kakak buat kerja banyak siang hari, malamnya mesti dia tidur awal. Bertuah Abang Long sebab kakak pandai masak. Dia yang kenalkan kami dengan roti pita, brokoli, kubis ungu dll. Kalau tidak, kami cuma kenal sayur sawi, ikan termenung dan roti buku Suria. Kakak suka shopping. Bila dia balik dari shopping, mesti dia akan bawa balik bahan2 mentah jugak sebab dia suka masak. Tapi sy belum rasa roti yg dia buat. Tak aci! Tapi buat masa ni fridge kat rumah selalu penuh dengan susu, bukan dengan bahan masak sebab she put full concentration to her son, Faris Hamzi. My gedabab!

Faris Hamzi 10minutes

Adik sy yang dua orang ini masih kecil. Tapi yang best kan sebab kami sama tinggi. Muahehe. Ramai yang kata wajah sy dan Adik Muni sama dan wajah DikTeh dan Kakak seiras. 




Yang paling best bila raaaaaaamai sangat yg cakap wajah sy macam Mama ^^,


mama pernah marah sy sbb sy tak bagitahu mama yg sy accident.sbb sy tanak mama risau :(

Dulu DikTeh pendiam sangat2. Kalau kita bawak dia pegi jalan2, dia mesti cepat letih dan dia lah yang menghancurkan mood jalan2 kami. Kau bersalah, DikTeh! haha. 




Masa DikTeh masuk Darjah 1, sy dah di Darjah 6. Tengah2 fokus (la sangat) dengar cikgu mengajar kt depan, mesti ada orang ketuk2 tingkap sebelah sy dan suruh sy pegi ke kelas 1 Melur. Adik sy menangis!!!! 




Adooiiiii.....tapi sekarang cis!! Dia dah totally different. Susah nak bagi dia berhenti kalau dah start bercakap. Ngahaha. Rasa dekat sangat dengan dia sekarang nie. Tak pernah rasa berjauhan sebab KL-Puncak Alam tu dekat ja kot! Toksah dok teriak aih!


See see see! Muka kami sepesen saja. Cuma bentuk wajah Dik Muni lain sikit ja dari sy. 

She wore my shawl!!

OMG!! Dia banyak peminat goshh! DikMuni dan kakak yg belajar di sekolah campur. Sy dan Dikteh belajar di sekolah perempuan. Jadi cara pergaulan kami dengan lelaki berbeza. Kikikih. lagi2 AdikTeh, still malu2 dengan kaum Adam. hahaha.Si bongsu ni suka giler melaram macam Hana Tajima. Totally awesome!!



Terima kasih atas kasih sayang adik beradik selama ini. Tiada sesiapa yang dapat pisahkan kita. Walau apa yang terjadi, anda tetap dalam hati saya. Sampai bila pun.


I LOVE YOU MAMA & ABAH.
I love you, Abang Pit.
I love you, kakak Sheila.
I love you, Adik teh.
I love you, Adik Muni.

Tuesday, December 20, 2011

I'M SINGLE - Surat Untuk Awak

Sehingga saat ini sy masih seorang bujang. 
Masih anak dara En. Gani-Jameela tanpa apa2 status yang sah ;)


Mama selalu pesan, kalau nak cari jodoh mestilah cari dari keturunan yang baik2, yg punya aura kepimpinan yg baik, yg tegas2 gitu untuk anak dara dia yg manja2 ini. Hee. Dulu Mama dan Abah lah orang yang selalu garu2 kepala sebab cikgu panggil anaknya yang seorang ini. Cikgu panggil sebab ada surat cinta bawah meja. Bila dah selalu sangat surat sebegitu dicuri2 letak oleh unknown, cikgu biarkan saja. Budak2 hingusan katanya. Masa tu sy cuma tahu yg surat tu untuk sy. 



Tapi yg pasti perkataan cinta yg ditulis dalam tu bukanlah cinta yg sebenar. Cewaaahh! Sekali kena babab dgn guru besar kat perhimpunan Ahad baru tau ah!

Cikgu 'paksa' sy masuk Singing Competition for Standard 2. Sy nak!! Heeeee sbb sy perasan yg suara sy lebih sedap dari....dari semua orang..Ha ha ha! Sakan punya perasaan dia! ;p Masa hari pertandingan, tiada siapa yg menemani sy. Tapi sy nampak awak ada kat depan tu. Bila pengerusi majlis panggil nama sy, sy menggeletar lutut. Takut nak menyanyi sambil control skirt pendek tu. Sy menyanyi depan awak. Sy menyanyi lagu itu utk awak.


You are my sunshine
my only sunshine
you make me happy
when skies are grey
you never know dear
how much I love you
please don't take my sunshine away




Semenjak hari tu kita dah tak pernah jumpa sehinggalah lima tahun yg lepas. Awak dah besar, sy masih kecik macam dulu ;) sekarang ni baru awak tahu kenapa saya terlalu nervous masa nak nyanyikan lagu My Sunshine  15 tahun yg lalu. Awak dah tahu kenapa sy pegang2 skirt masa nyanyi lagu tu. Tapi awak janji tanak kasitau orang lain kan  T___T


P/S: Boleh tak kita mintak Najwa Latiff buat lagu untuk kita..
       Sebab kita berjumpa kembali di Friendster, bukan di Facebook :)