Wednesday, September 26, 2012

I say NO to cheap-Korean-Lens

Lebih kurang 2 tahun yg lalu,  Ara la org yg paaaling suka pakai contact lense korea ni. Sebab pada Ara, alang2 nak pakai (sbb sy rabun), baik beli yg kaler2 terus. Dan masa tu lens korea memang amat murah dan cantik2.  Cuma RM25. Bila sakit mata,Ara salahkan diri ini yg tak pandai jaga lens.Padahal yg sebenarnya, Ara amatlah naif tentang penggunaan kanta lekap yang original.


Sejak 3 4 bulan dulu, Korean lens memang selalu bermasalah for me. Baru guna 2 minggu tapi lens dah koyak dan bila cuci mesti ada jalur2 hitam. Ara cuba tukar guna eye drop dan solution tapi bila pakai lens mesti rasa macam ada habuk dan mata merah. Oh, kemudian Ara fikir yg semua masalah tu terjadi sebab my office yg sangat sejuk dan lagi pulak sebab Ara kerja dari 9am-6pm depan pc! Okay mungkin sebab tu la kot kan. 


Ramadhan lalu, hubby  bawa Ara ke optical shop yang baru dibuka di Taman Melati,KL. Masa kami pergi tu, kedai tu baru saja buka 2 minggu. Dan luckily ada promotion for lens. Ara beli sepasang lens berwarna brand Acuvue dgn power yg berlainan dengan harga RM90 sahaja. Plus, dapat Sterile Isotonic Sodium Chloride Solution. Dan ada 1 month warranty tau! Di situlah Ara tahu baik dan buruknya memakai Korean lens ini, yakni lens yg bukan ori lah. Minggu lepas hubby bawa ke Focus Point di KL Festival City sebab lens dah expired. Dan iniii yang paling best! 




6 pasang kanta lekap (power 225 & 425) SoftLens Bausch & Lomb = RM 100
Beli Big size Revitalens Multi-Purpose Disinfecting Solution dan sy dapat percuma 3 kotak (small size) Revitalens Multi-Purpose Disinfecting Solution + 1 Blink Contact Lubricant Eye Drop = RM28.90


Tapi sebelum dapat free gift tu kan, sales girl tu naaaak jugak2 tengok Ara click LIKE fanpage RevitaLens. Wuteva lah, miss. I turutkan saja cakap u asalkan I dapat free gift. Haha. Btw, thanks!



Tapi persoalannya, kenapa perlu beli original lens if we can buy a cheap one? Antara sebabnya ialah:

  • Korea lens/Barbie lens dibuat dengan bahan yg tidak diketahui.
" There was record showing that GEO Medical Ltd. did submitted their colour contact lenses to FDA. However, a refusal report was last shown on 8-Aug-11. There are color additives that are approved for use in medical devices (contact lenses) by FDA. But, seriously, we do not know what color additives are those color contact lenses manufacturers used. The materials or chemical used are never shown or indicated in details for consumers" - BIOFILCON
  •  Optical Shop yang menjual kanta lekap ori ini mempunyai optometrist yang terlatih dan berpengalaman. Jika ada apa2 berlaku, kita boleh rujuk kepada mereka yg pakar. 


"
 Korean color contact lenses. Are they safe to wear? After my thorough research and getting relevant information and facts (FDA reports) about color contact lenses, I do not think online Korean color contact lenses are safe to wear.In fact, I would advise all, not to be too rely on color contact lenses. Clear (non color) contact lenses should always be your first priority." - BIOFILCON




Dan yang paling penting adalah menjaga kebersihan kanta lekap dan mata anda sendiri. Will post new entry regarding Contact Lens Hygiene Tips.



Sila baca entry lain sebagai rujukan:
1) http://dayzstory.blogspot.com/2012/09/hampir-buta-disebabkan-contact-lens.html
2) http://www.ohtidak.com/oh-pelajar-nyaris-buta-kerana-ingin-mata-berwarna/
3) http://hafizamri.com/keburukan-memakai-kanta-sentuh-contact-lenses/
4) http://syue1802.blogspot.com/2010/10/kanta-lekaprisiko-jangkitan-dan.html
5) http://138dirah.blogspot.com/2011/12/contact-lens-kanta-lekap.html
6)http://www.fda.gov/medicaldevices/productsandmedicalprocedures/homehealthandconsumer/consumerproducts/contactlenses/default.htm


Confident itu penting. 
Tak pakai lens kaler2 pun 
awak still cantik. 
Sapa cakap? 
Allah.
Kerana manusialah ciptaan Allah 
yg paling indah dan sempurna.

Me. Without lens (rabun jap) :D

Saturday, September 15, 2012

Surprise Besday Party for Hubby (AND NOT GET CAUGHT!)

"Holding a surprise birthday party can be a lot of fun, but it can also be a headache if you don’t use proper planning".

Untuk pertama kalinya dalam 24 tahun ini, 31 Ogos 2012 adalah surpise birthday party pertama yg Ara organize  dengan bantuan sepenuhnya oleh my sweet cousin, Nonie, and hubby's friends, Bro Poji, Syuk, Bulat, Fazrul and Abg Yong. Frankly speaking, hanya Allah yg tahu betapa nervous nya nk memikirkan tentang decoration, cara nak hubby  keluar dari rumah for a while (supaya Ara boleh decorate our smallville), how to invite all hubby's friends (since Ara tak kenal rapat dengan mereka), makanan yg sesuai dan yg senang nak sediakan dan lain lain lain lain lagi!

Selama seminggu Ara google-ing "how to organize a surprise birthday party", "kejutan hari lahir untuk suami" bla bla bla. Then, Ara campur-adukkan semua tricks and steps dan susun atur semula in proper ways. Bagi yg sedang merancang untuk mengadakan kejutan hari lahir untuk yg tersayang, steps ini mungkin dapat membantu anda serba sedikit :)

STEP 1: SIAPA YG ANDA HENDAK SURPRISE KAN?
Well, inilah soalan pertama yg anda harus jawab kerana tidak semua orang yg suka dengan surprise party ini. So make sure you choose your "victim". 
Alhamdulillah 'sama tua' (Amnan) Ara memang sangat sukakan surprise. Years ago Ara pernah minta kawannya letakkan Sembonia wallet atas katilnya as his birthday gift. Dan pernah kirim hadiah kepada my adik ipar dan minta tolong dia kasi hadiah kepada my husband (masa tu still my boyfriend :D)

STEP 2: TETAPKAN TARIKH UNTUK PARTY DAN MASA YG SESUAI.
Ini memang last minute kerja. Wee~ 2 hari sebelum party barulah Ara decide untuk buat party ni. Why? Perkara yg paling menganggu-gugat keyakinan adalah untuk menghubungi kawan2 Amnan. Sebab sy pemalu orangnya :D Tarikh yg paling sesuai ialah pada 31 Ogos 2012, jam 9 malam. Malam lebih sesuai untuk mengadakan surprise birthday party dan lebih syok sebab boleh tutup2 lampu bagai dan kemudian sama2 jerit "HAPPY BIRTHDAY, AMNAN!!" bila Amnan masuk ke rumah. Itu rancangannya.

STEP 3: PILIH TEMA PARTY
- Arabian Night
- Big Band Swing
- Children's party (for adults)
- Cocktail Party
- Masquerade
- Dan baaaanyak lagi. Klik sini.

Untuk surprise birthday party Amnan ni Ara pilih Children's Party. Heee sebab sukaaaa sangat dengan colorful balloons, party hat, cute cups and plates, party poppers, party snow, etc. Semua party items ini boleh dibeli di Wisma Haniffa, Masjid India. Cuma RM34/-




STEP 4: ORDER MAKANAN
Main dish yg Ara hidangkan ialah kek, bihun goreng dan Satay Daging&Ayam. Nonie yang tolong orderkan bihun ini. Yg paling menguntungkan bila ada cousin sebaik Nonie ni ialah bila dia sanggup tolong belikan kek dan tembikai.Hee. Dan alhamdulillah my aunt masakkan Beef Spaghetti. Sedaaap sangat! Abg Yong bantu belikan satay. Thanks all! Side dish ialah segala macam kuih raya seperti Almond London, Tart Nenas, Mazola, Samprit, dll. Dan ada juga tembikai sebagai pencuci mulut.

Bagi yang nak masak di rumah, beli bahan2 masakan awal2 tau. Tapi pastikan si dia tak syak apa2! Dan bagi yang nak adakan party di restaurant atau tempat lain, fikirkan awal2 makanan apa yg anda mahu hidangkan kepada jemputan.

STEP 5: JEMPUT KENALAN 
Memandangkan Ara tak mengenali semua kawan2 hubby, makanya terpaksa lah Ara curi2 ambil their hp numbers from hubby's phone. Hubby macam syak tau sebab dia hairan sangat kenapa Ara asyik pegang hp dia. Konon2 nak main game! Agaga :D
Jangan lupa untuk beritahu rancangan anda kepada kawan2 si dia supaya tak ada yg buat kantoi. Hoh! Remember, it's a surprise party. KEEP THE WHOLE THING A SECRET!

STEP 6: JALANKAN RANCANGAN
Rancangannya ialah untuk menyuruh hubby keluar dari rumah sekejap supaya Ara dapat hias rumah dan hidangkan segala makanan sebelum tetamu sampai. Terima kasih kepada kawan hubby, Fazrul dan Bro Poji, yg sangat2 membantu dengan jayanya. 

Ara gitau hubby yg Ara nak keluar ronggeng dengan kawan2. Haha. Jadi, Ara minta hubby pun keluar sebab kalau tidak kang Ara rasa bersalah sebab Ara pegi berseronok tapi hubby dok rumah plak. Tak aci la macam tu, kata Ara. Hewhew. Masa inilah dengan tidak semena-mena Fazrul sms hubby dan minta hubby temankan dia ke bengkel motor. Sebenarnya sehari sebelum tu Ara dah sms Fazrul dan minta Fazrul ajak hubby keluar.

Setibanya hubby di bengkel motor, ada seorang kenalan lain, Bro Poji, yg ada di kedai makan berdekatan bengkel tu cakap nak datang rumah kami malam tu. Dia tetap berdegil nak datang walaupun hubby cakap yg Ara tak ada di rumah. Bila hubby sms dan bagitau yg Bro Poji nak datang rumah, jadi Ara pun cakap yg Ara akan balik ke rumah lebih awal. Rancangannya :)

STEP 7: DECORATE YOUR HOUSE
Ara cuma ada 4 jam sebelum majlis bermula. Penatnya hanya Allah yg tahu. Sofa ditolak rapat ke dinding (sorry neighbours atas bunyi bising!), carpet dihampar, tiup belon (habih nafas!) dan susun atur semua party items yg lain. Make sure everything is set properly.




STEP 8: RE-CONFIRM THE DETAILS WITH ALL YOUR FRIENDS.
Dan malam itu juga seharusnya anda re-confirm dengan semua kawan2. Ara minta kawan2 guna jalan lain untuk masuk ke kawasan rumah. Sebab kang kalau terserempak dengan hubby kan susah.

STEP 9: TUTUP SEMUA LAMPU
Bila semua jemputan dah sampai di rumah, Ara minta mereka masuk ke dalam rumah. Kasut mereka dan all their belongings semuanya ada dalam rumah sebab taknak hubby  perasan apa2 bila dia sampai nanti. Bila semuanya dah ready, Ara bagitahu hubby yg Ara dah sampai ke rumah dan minta dia pulang segera. Hubby pulang ke rumah dengan Bro Poji & family and few friends. Sempat lagi Ara buat hubby cuak bila Ara gitau dia yg Ara cuma beli makanan ngam2 untuk Abg Poji saja, tapi yg datang dengan hubby ni ramai plak. Haha. Lepas hubby buka pintu, keadaaan gelap gelita haa. Dan ada yg taburkan tepung atas kepala hubby dan letupkan party poppers tu. Sangat happening masa tu! Dengan keadaaan rumah yg sempit dan kawan2 yg saaaaangatlah ramai, party ini berlangsung dengan jayanya. Terima kasih semua!






STEP 10: MINTA MAAF PADA SUAMI!!! ;)
Ini yg paling wajib dilakukan.



"Syg minta maaf kerana terpaksa tipu itu ini dengan hubby.
 Syg buat semua ni untuk gembirakan b. 
Thanks for being my man."