Wednesday, December 21, 2011

SINGLE-Family Becomes Priority

Rasa-rasanya sempat lagi tak kalau ada yang nak mengorat saya hari ini.
^____________________________________^


Dah lama sy letak SINGLE di relationship status fb. Semenjak tu ada yg mencuba nasib. Ada yg text me utk bertanya khabar dan asked me to be tough mengharungi liku2 bercinta. Muahehe. Semua beranggapan yg sy benar2 single and available. Sampai saat ini, sy masih terima salam perkenalan dari jejaka2 yg ingat sy masih single. Even today sy dapat dua message nak berkenalan dgn lebih lanjut! Okay mungkin sy perasan lebih! haha!

Ya Allah,temukanlah kami di Jannah nanti.

Sy bertuah kerana sy anak tengah. Sy ada abang, sy ada kakak, dan sy ada dua orang adik perempuan yg cantik! Sy bertuah kerana abang sy tidaklah kasar orangnya. Pencarian cinta dia juga lebih lama dari saya, 6 tahun! Sy tabik dia sebab jiwanya lembut, tidak sekasar jiwa2 ganas lelaki lain di luar sana. Tapi dia bukan lelaki lembut, awwwwwwwww! Sy suka lintas jalan macam anak ayam, tak pandang kiri kanan dan mengharapkan kereta yg berhenti sebab takutkan sy. Kalau keluar ke pekan, Mama dan Abang suka tarik tocang sy. Sy marah dan merajuk sebab tocang sy dah tak cantik. Sy selalu ngadu pada Abah bila sy merajuk. Dulu org selalu cakap yg sy anak emas abah ^_^





Tapi bila sy dah pandai berfikir, baru sy faham kenapa Mama dan Abang marah saya. Abang bertuah sebab dapat isteri yg pandai masak. Sup daging dan western food nya best!!



Dulu, sy dan kakak macam cats dog. Dia suka cubit sy sebab katanya sy nakal. Sy memang nakal T__T

Sy cuba ingatkan kembali saat2 kami bergaduh, tapi satu pun tak keluar di minda sy. Kerana pertelingkahan kami yg dulu sebenarnya merapatkan hubungan kami. 




Supaya kami sedar yg kami memerlukan antara satu sama lain. 




Kakak bertuah kerana pencarian cintanya hanya beberapa ketika. Terima kasih Abang Long. 




Kalau kakak buat kerja banyak siang hari, malamnya mesti dia tidur awal. Bertuah Abang Long sebab kakak pandai masak. Dia yang kenalkan kami dengan roti pita, brokoli, kubis ungu dll. Kalau tidak, kami cuma kenal sayur sawi, ikan termenung dan roti buku Suria. Kakak suka shopping. Bila dia balik dari shopping, mesti dia akan bawa balik bahan2 mentah jugak sebab dia suka masak. Tapi sy belum rasa roti yg dia buat. Tak aci! Tapi buat masa ni fridge kat rumah selalu penuh dengan susu, bukan dengan bahan masak sebab she put full concentration to her son, Faris Hamzi. My gedabab!

Faris Hamzi 10minutes

Adik sy yang dua orang ini masih kecil. Tapi yang best kan sebab kami sama tinggi. Muahehe. Ramai yang kata wajah sy dan Adik Muni sama dan wajah DikTeh dan Kakak seiras. 




Yang paling best bila raaaaaaamai sangat yg cakap wajah sy macam Mama ^^,


mama pernah marah sy sbb sy tak bagitahu mama yg sy accident.sbb sy tanak mama risau :(

Dulu DikTeh pendiam sangat2. Kalau kita bawak dia pegi jalan2, dia mesti cepat letih dan dia lah yang menghancurkan mood jalan2 kami. Kau bersalah, DikTeh! haha. 




Masa DikTeh masuk Darjah 1, sy dah di Darjah 6. Tengah2 fokus (la sangat) dengar cikgu mengajar kt depan, mesti ada orang ketuk2 tingkap sebelah sy dan suruh sy pegi ke kelas 1 Melur. Adik sy menangis!!!! 




Adooiiiii.....tapi sekarang cis!! Dia dah totally different. Susah nak bagi dia berhenti kalau dah start bercakap. Ngahaha. Rasa dekat sangat dengan dia sekarang nie. Tak pernah rasa berjauhan sebab KL-Puncak Alam tu dekat ja kot! Toksah dok teriak aih!


See see see! Muka kami sepesen saja. Cuma bentuk wajah Dik Muni lain sikit ja dari sy. 

She wore my shawl!!

OMG!! Dia banyak peminat goshh! DikMuni dan kakak yg belajar di sekolah campur. Sy dan Dikteh belajar di sekolah perempuan. Jadi cara pergaulan kami dengan lelaki berbeza. Kikikih. lagi2 AdikTeh, still malu2 dengan kaum Adam. hahaha.Si bongsu ni suka giler melaram macam Hana Tajima. Totally awesome!!



Terima kasih atas kasih sayang adik beradik selama ini. Tiada sesiapa yang dapat pisahkan kita. Walau apa yang terjadi, anda tetap dalam hati saya. Sampai bila pun.


I LOVE YOU MAMA & ABAH.
I love you, Abang Pit.
I love you, kakak Sheila.
I love you, Adik teh.
I love you, Adik Muni.

Tuesday, December 20, 2011

I'M SINGLE - Surat Untuk Awak

Sehingga saat ini sy masih seorang bujang. 
Masih anak dara En. Gani-Jameela tanpa apa2 status yang sah ;)


Mama selalu pesan, kalau nak cari jodoh mestilah cari dari keturunan yang baik2, yg punya aura kepimpinan yg baik, yg tegas2 gitu untuk anak dara dia yg manja2 ini. Hee. Dulu Mama dan Abah lah orang yang selalu garu2 kepala sebab cikgu panggil anaknya yang seorang ini. Cikgu panggil sebab ada surat cinta bawah meja. Bila dah selalu sangat surat sebegitu dicuri2 letak oleh unknown, cikgu biarkan saja. Budak2 hingusan katanya. Masa tu sy cuma tahu yg surat tu untuk sy. 



Tapi yg pasti perkataan cinta yg ditulis dalam tu bukanlah cinta yg sebenar. Cewaaahh! Sekali kena babab dgn guru besar kat perhimpunan Ahad baru tau ah!

Cikgu 'paksa' sy masuk Singing Competition for Standard 2. Sy nak!! Heeeee sbb sy perasan yg suara sy lebih sedap dari....dari semua orang..Ha ha ha! Sakan punya perasaan dia! ;p Masa hari pertandingan, tiada siapa yg menemani sy. Tapi sy nampak awak ada kat depan tu. Bila pengerusi majlis panggil nama sy, sy menggeletar lutut. Takut nak menyanyi sambil control skirt pendek tu. Sy menyanyi depan awak. Sy menyanyi lagu itu utk awak.


You are my sunshine
my only sunshine
you make me happy
when skies are grey
you never know dear
how much I love you
please don't take my sunshine away




Semenjak hari tu kita dah tak pernah jumpa sehinggalah lima tahun yg lepas. Awak dah besar, sy masih kecik macam dulu ;) sekarang ni baru awak tahu kenapa saya terlalu nervous masa nak nyanyikan lagu My Sunshine  15 tahun yg lalu. Awak dah tahu kenapa sy pegang2 skirt masa nyanyi lagu tu. Tapi awak janji tanak kasitau orang lain kan  T___T


P/S: Boleh tak kita mintak Najwa Latiff buat lagu untuk kita..
       Sebab kita berjumpa kembali di Friendster, bukan di Facebook :)




Monday, December 19, 2011

Comebacks.Love Blooms Like A Rose

Sudah lapan bulan rupanya sy meninggalkan BSN tercinta. Sy tak pernah melupakan semuanya.Dan tempoh lima bulan di Citi amat mengajar sy erti berdikari. Ok stooopp!! Ada seseorang yg menjadi pembimbing sy selama ini.

Sy datang ke Kuala Lumpu-q ini membawa seribu harapan, biarlah rezeki yg sy kecapi ini dapat membantu diri dan keluarga. Puas sy turun naik tangga (lif kot, Ara) menghadiri interview sebagai Sales Exec di Public Bank, tapi jodoh bukan di situ. Sy hadiri temuduga dan ujian bertulis di TM untuk post customern service, tp akhirnya kecundang kerana failed IT test!! Weee~ Tp dunia sy dunia banking. IT dpt C kot masa exam. Agagaga~ Amanahraya pun sy cuba. Tp failed! Alhamdulillah sy dipanggil untuk temuduga hampir setiap minggu. Tp semuanya gagal!


Sy menganggur selama dua bulan, tp itu tak bermakna i goyang kaki tau dak! Jenuh kang nak beli candy singgit pun nk kena mintak kt mama. Ceiiiisss sangat dhaif aih. Sambil2 tu sy meneruskan bisnes shawl kecil-kecilan. Alhamdulilah ramai yg memberi sokongan. Ada yg beli kerana simpati x?? Hohoho ada ek.,...Sehingga suatu hari sy menerima panggilan dari jobstreet on behalf of Citi. Terima kasih utk the caller kerana memujuk sy untuk menghadiri interview tu. Tq sooo much!

Sebulan kemudian Gen-2 AraAmnan lahir. Dan sekarang ada sesuatu yg lebih istimewa akan menjadi penutup tahun ini buat diri sy. Apa yg perlu diketahui, perjalanan hidup sy ini dibantu keluarga dan seseorang yg amat sy sayangi. Segala yg saya miliki sekarang sebenarnya adalah hasil jerih perih dan kasih syg yg tidak berbelah bahagi dari seseorang yg istimewa.

Terima kasih, Allah. Akhirnya... :)