Wednesday, December 21, 2011

SINGLE-Family Becomes Priority

Rasa-rasanya sempat lagi tak kalau ada yang nak mengorat saya hari ini.
^____________________________________^


Dah lama sy letak SINGLE di relationship status fb. Semenjak tu ada yg mencuba nasib. Ada yg text me utk bertanya khabar dan asked me to be tough mengharungi liku2 bercinta. Muahehe. Semua beranggapan yg sy benar2 single and available. Sampai saat ini, sy masih terima salam perkenalan dari jejaka2 yg ingat sy masih single. Even today sy dapat dua message nak berkenalan dgn lebih lanjut! Okay mungkin sy perasan lebih! haha!

Ya Allah,temukanlah kami di Jannah nanti.

Sy bertuah kerana sy anak tengah. Sy ada abang, sy ada kakak, dan sy ada dua orang adik perempuan yg cantik! Sy bertuah kerana abang sy tidaklah kasar orangnya. Pencarian cinta dia juga lebih lama dari saya, 6 tahun! Sy tabik dia sebab jiwanya lembut, tidak sekasar jiwa2 ganas lelaki lain di luar sana. Tapi dia bukan lelaki lembut, awwwwwwwww! Sy suka lintas jalan macam anak ayam, tak pandang kiri kanan dan mengharapkan kereta yg berhenti sebab takutkan sy. Kalau keluar ke pekan, Mama dan Abang suka tarik tocang sy. Sy marah dan merajuk sebab tocang sy dah tak cantik. Sy selalu ngadu pada Abah bila sy merajuk. Dulu org selalu cakap yg sy anak emas abah ^_^





Tapi bila sy dah pandai berfikir, baru sy faham kenapa Mama dan Abang marah saya. Abang bertuah sebab dapat isteri yg pandai masak. Sup daging dan western food nya best!!



Dulu, sy dan kakak macam cats dog. Dia suka cubit sy sebab katanya sy nakal. Sy memang nakal T__T

Sy cuba ingatkan kembali saat2 kami bergaduh, tapi satu pun tak keluar di minda sy. Kerana pertelingkahan kami yg dulu sebenarnya merapatkan hubungan kami. 




Supaya kami sedar yg kami memerlukan antara satu sama lain. 




Kakak bertuah kerana pencarian cintanya hanya beberapa ketika. Terima kasih Abang Long. 




Kalau kakak buat kerja banyak siang hari, malamnya mesti dia tidur awal. Bertuah Abang Long sebab kakak pandai masak. Dia yang kenalkan kami dengan roti pita, brokoli, kubis ungu dll. Kalau tidak, kami cuma kenal sayur sawi, ikan termenung dan roti buku Suria. Kakak suka shopping. Bila dia balik dari shopping, mesti dia akan bawa balik bahan2 mentah jugak sebab dia suka masak. Tapi sy belum rasa roti yg dia buat. Tak aci! Tapi buat masa ni fridge kat rumah selalu penuh dengan susu, bukan dengan bahan masak sebab she put full concentration to her son, Faris Hamzi. My gedabab!

Faris Hamzi 10minutes

Adik sy yang dua orang ini masih kecil. Tapi yang best kan sebab kami sama tinggi. Muahehe. Ramai yang kata wajah sy dan Adik Muni sama dan wajah DikTeh dan Kakak seiras. 




Yang paling best bila raaaaaaamai sangat yg cakap wajah sy macam Mama ^^,


mama pernah marah sy sbb sy tak bagitahu mama yg sy accident.sbb sy tanak mama risau :(

Dulu DikTeh pendiam sangat2. Kalau kita bawak dia pegi jalan2, dia mesti cepat letih dan dia lah yang menghancurkan mood jalan2 kami. Kau bersalah, DikTeh! haha. 




Masa DikTeh masuk Darjah 1, sy dah di Darjah 6. Tengah2 fokus (la sangat) dengar cikgu mengajar kt depan, mesti ada orang ketuk2 tingkap sebelah sy dan suruh sy pegi ke kelas 1 Melur. Adik sy menangis!!!! 




Adooiiiii.....tapi sekarang cis!! Dia dah totally different. Susah nak bagi dia berhenti kalau dah start bercakap. Ngahaha. Rasa dekat sangat dengan dia sekarang nie. Tak pernah rasa berjauhan sebab KL-Puncak Alam tu dekat ja kot! Toksah dok teriak aih!


See see see! Muka kami sepesen saja. Cuma bentuk wajah Dik Muni lain sikit ja dari sy. 

She wore my shawl!!

OMG!! Dia banyak peminat goshh! DikMuni dan kakak yg belajar di sekolah campur. Sy dan Dikteh belajar di sekolah perempuan. Jadi cara pergaulan kami dengan lelaki berbeza. Kikikih. lagi2 AdikTeh, still malu2 dengan kaum Adam. hahaha.Si bongsu ni suka giler melaram macam Hana Tajima. Totally awesome!!



Terima kasih atas kasih sayang adik beradik selama ini. Tiada sesiapa yang dapat pisahkan kita. Walau apa yang terjadi, anda tetap dalam hati saya. Sampai bila pun.


I LOVE YOU MAMA & ABAH.
I love you, Abang Pit.
I love you, kakak Sheila.
I love you, Adik teh.
I love you, Adik Muni.