Saturday, May 25, 2013

Miracle Inside My Tummy

Assalamualaikum 
dan 
salam 1 Malaysia :D



Dah 8 bulan rupanya tinggalkan blog ini. So many good news berlaku dalam hidup selama 8 bulan ini. Yes, people always say hidup tak selalunya indah. Oh, it's normal. Pasti ada kegembiraan di sebalik kesedihan. Pasti ada penyelesaian di sebalik setiap kesukaran. Dan sekarang sy sedang menikmati hidup sy. Hubby too, I'm sure :') Because there's a miracle inside my tummy.



Allah, how we can thank you for this gift. Syukur.



4/12/2012: Jatuh air mata Ara & Amnan pagi tu bila kami baru dapat tahu yg Ara mengandung. I put a sticky note in our bathroom saying that " We Love You, Bapak - From Ibu". It was a non forgettable memory; his reaction..how he really happy knowing the news. He/She baru berusia 7 weeks 1 day and still very small, a tiny lil creature. Just 10mm. Due date: 5/8/2013.



18/12/2012: Bila kawan2 dapat tahu about my pregnancy, they kept asking "dah buat buku merah belum, Ara?". Okay I admit yg saya memang takda idea what's buku merah. Some people called it as buku pink. Laaaagi lah confuse. Kesihatan sy makin terjejas. Selalu letih, selalu sakit kepala, langsung takda selera makan dan berat sy turun 5 kg! Rasa malas tu of course la! :D Sindrom org mengandung kot. hehe.



16/3/2013: Perut ni selalu ja berangin. Dah makan ikut time, tapi still berangin. Kadang2 letak Tiger Balm dan sometimes Minyak Yuyi. Ouhhh memang tak berkesan. Dan malam tu pun sama. Sehinggalah kami nampak perut Ara bergerak-gerak. Ya Allah, only He knows betapa terujanya masa tu. Our AraAmnan Jr. baru berusia dalam 20 weeks.



As my tummy grows and time passes, I'm happily realizing that this is real. 
Sometimes I look at my belly and ask hubby whether this is real or not. 
It's a miracle.



5 1/2 months


Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya saya bila dapat tahu tentang keajaiban ini. Dan hanya Dia juga Yang Maha Mengetahui betapa gementarnya saya menerima amanah ini untuk dijaga dengan baik. Tanggungjawab yg amat besar, untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah. Semoga kita semua mampu untuk menjadi Muslim dan Muslimah terbaik di sisi Allah S.W.T.



7 months :)

Wednesday, September 26, 2012

I say NO to cheap-Korean-Lens

Lebih kurang 2 tahun yg lalu,  Ara la org yg paaaling suka pakai contact lense korea ni. Sebab pada Ara, alang2 nak pakai (sbb sy rabun), baik beli yg kaler2 terus. Dan masa tu lens korea memang amat murah dan cantik2.  Cuma RM25. Bila sakit mata,Ara salahkan diri ini yg tak pandai jaga lens.Padahal yg sebenarnya, Ara amatlah naif tentang penggunaan kanta lekap yang original.


Sejak 3 4 bulan dulu, Korean lens memang selalu bermasalah for me. Baru guna 2 minggu tapi lens dah koyak dan bila cuci mesti ada jalur2 hitam. Ara cuba tukar guna eye drop dan solution tapi bila pakai lens mesti rasa macam ada habuk dan mata merah. Oh, kemudian Ara fikir yg semua masalah tu terjadi sebab my office yg sangat sejuk dan lagi pulak sebab Ara kerja dari 9am-6pm depan pc! Okay mungkin sebab tu la kot kan. 


Ramadhan lalu, hubby  bawa Ara ke optical shop yang baru dibuka di Taman Melati,KL. Masa kami pergi tu, kedai tu baru saja buka 2 minggu. Dan luckily ada promotion for lens. Ara beli sepasang lens berwarna brand Acuvue dgn power yg berlainan dengan harga RM90 sahaja. Plus, dapat Sterile Isotonic Sodium Chloride Solution. Dan ada 1 month warranty tau! Di situlah Ara tahu baik dan buruknya memakai Korean lens ini, yakni lens yg bukan ori lah. Minggu lepas hubby bawa ke Focus Point di KL Festival City sebab lens dah expired. Dan iniii yang paling best! 




6 pasang kanta lekap (power 225 & 425) SoftLens Bausch & Lomb = RM 100
Beli Big size Revitalens Multi-Purpose Disinfecting Solution dan sy dapat percuma 3 kotak (small size) Revitalens Multi-Purpose Disinfecting Solution + 1 Blink Contact Lubricant Eye Drop = RM28.90


Tapi sebelum dapat free gift tu kan, sales girl tu naaaak jugak2 tengok Ara click LIKE fanpage RevitaLens. Wuteva lah, miss. I turutkan saja cakap u asalkan I dapat free gift. Haha. Btw, thanks!



Tapi persoalannya, kenapa perlu beli original lens if we can buy a cheap one? Antara sebabnya ialah:

  • Korea lens/Barbie lens dibuat dengan bahan yg tidak diketahui.
" There was record showing that GEO Medical Ltd. did submitted their colour contact lenses to FDA. However, a refusal report was last shown on 8-Aug-11. There are color additives that are approved for use in medical devices (contact lenses) by FDA. But, seriously, we do not know what color additives are those color contact lenses manufacturers used. The materials or chemical used are never shown or indicated in details for consumers" - BIOFILCON
  •  Optical Shop yang menjual kanta lekap ori ini mempunyai optometrist yang terlatih dan berpengalaman. Jika ada apa2 berlaku, kita boleh rujuk kepada mereka yg pakar. 


"
 Korean color contact lenses. Are they safe to wear? After my thorough research and getting relevant information and facts (FDA reports) about color contact lenses, I do not think online Korean color contact lenses are safe to wear.In fact, I would advise all, not to be too rely on color contact lenses. Clear (non color) contact lenses should always be your first priority." - BIOFILCON




Dan yang paling penting adalah menjaga kebersihan kanta lekap dan mata anda sendiri. Will post new entry regarding Contact Lens Hygiene Tips.



Sila baca entry lain sebagai rujukan:
1) http://dayzstory.blogspot.com/2012/09/hampir-buta-disebabkan-contact-lens.html
2) http://www.ohtidak.com/oh-pelajar-nyaris-buta-kerana-ingin-mata-berwarna/
3) http://hafizamri.com/keburukan-memakai-kanta-sentuh-contact-lenses/
4) http://syue1802.blogspot.com/2010/10/kanta-lekaprisiko-jangkitan-dan.html
5) http://138dirah.blogspot.com/2011/12/contact-lens-kanta-lekap.html
6)http://www.fda.gov/medicaldevices/productsandmedicalprocedures/homehealthandconsumer/consumerproducts/contactlenses/default.htm


Confident itu penting. 
Tak pakai lens kaler2 pun 
awak still cantik. 
Sapa cakap? 
Allah.
Kerana manusialah ciptaan Allah 
yg paling indah dan sempurna.

Me. Without lens (rabun jap) :D

Saturday, September 15, 2012

Surprise Besday Party for Hubby (AND NOT GET CAUGHT!)

"Holding a surprise birthday party can be a lot of fun, but it can also be a headache if you don’t use proper planning".

Untuk pertama kalinya dalam 24 tahun ini, 31 Ogos 2012 adalah surpise birthday party pertama yg Ara organize  dengan bantuan sepenuhnya oleh my sweet cousin, Nonie, and hubby's friends, Bro Poji, Syuk, Bulat, Fazrul and Abg Yong. Frankly speaking, hanya Allah yg tahu betapa nervous nya nk memikirkan tentang decoration, cara nak hubby  keluar dari rumah for a while (supaya Ara boleh decorate our smallville), how to invite all hubby's friends (since Ara tak kenal rapat dengan mereka), makanan yg sesuai dan yg senang nak sediakan dan lain lain lain lain lagi!

Selama seminggu Ara google-ing "how to organize a surprise birthday party", "kejutan hari lahir untuk suami" bla bla bla. Then, Ara campur-adukkan semua tricks and steps dan susun atur semula in proper ways. Bagi yg sedang merancang untuk mengadakan kejutan hari lahir untuk yg tersayang, steps ini mungkin dapat membantu anda serba sedikit :)

STEP 1: SIAPA YG ANDA HENDAK SURPRISE KAN?
Well, inilah soalan pertama yg anda harus jawab kerana tidak semua orang yg suka dengan surprise party ini. So make sure you choose your "victim". 
Alhamdulillah 'sama tua' (Amnan) Ara memang sangat sukakan surprise. Years ago Ara pernah minta kawannya letakkan Sembonia wallet atas katilnya as his birthday gift. Dan pernah kirim hadiah kepada my adik ipar dan minta tolong dia kasi hadiah kepada my husband (masa tu still my boyfriend :D)

STEP 2: TETAPKAN TARIKH UNTUK PARTY DAN MASA YG SESUAI.
Ini memang last minute kerja. Wee~ 2 hari sebelum party barulah Ara decide untuk buat party ni. Why? Perkara yg paling menganggu-gugat keyakinan adalah untuk menghubungi kawan2 Amnan. Sebab sy pemalu orangnya :D Tarikh yg paling sesuai ialah pada 31 Ogos 2012, jam 9 malam. Malam lebih sesuai untuk mengadakan surprise birthday party dan lebih syok sebab boleh tutup2 lampu bagai dan kemudian sama2 jerit "HAPPY BIRTHDAY, AMNAN!!" bila Amnan masuk ke rumah. Itu rancangannya.

STEP 3: PILIH TEMA PARTY
- Arabian Night
- Big Band Swing
- Children's party (for adults)
- Cocktail Party
- Masquerade
- Dan baaaanyak lagi. Klik sini.

Untuk surprise birthday party Amnan ni Ara pilih Children's Party. Heee sebab sukaaaa sangat dengan colorful balloons, party hat, cute cups and plates, party poppers, party snow, etc. Semua party items ini boleh dibeli di Wisma Haniffa, Masjid India. Cuma RM34/-




STEP 4: ORDER MAKANAN
Main dish yg Ara hidangkan ialah kek, bihun goreng dan Satay Daging&Ayam. Nonie yang tolong orderkan bihun ini. Yg paling menguntungkan bila ada cousin sebaik Nonie ni ialah bila dia sanggup tolong belikan kek dan tembikai.Hee. Dan alhamdulillah my aunt masakkan Beef Spaghetti. Sedaaap sangat! Abg Yong bantu belikan satay. Thanks all! Side dish ialah segala macam kuih raya seperti Almond London, Tart Nenas, Mazola, Samprit, dll. Dan ada juga tembikai sebagai pencuci mulut.

Bagi yang nak masak di rumah, beli bahan2 masakan awal2 tau. Tapi pastikan si dia tak syak apa2! Dan bagi yang nak adakan party di restaurant atau tempat lain, fikirkan awal2 makanan apa yg anda mahu hidangkan kepada jemputan.

STEP 5: JEMPUT KENALAN 
Memandangkan Ara tak mengenali semua kawan2 hubby, makanya terpaksa lah Ara curi2 ambil their hp numbers from hubby's phone. Hubby macam syak tau sebab dia hairan sangat kenapa Ara asyik pegang hp dia. Konon2 nak main game! Agaga :D
Jangan lupa untuk beritahu rancangan anda kepada kawan2 si dia supaya tak ada yg buat kantoi. Hoh! Remember, it's a surprise party. KEEP THE WHOLE THING A SECRET!

STEP 6: JALANKAN RANCANGAN
Rancangannya ialah untuk menyuruh hubby keluar dari rumah sekejap supaya Ara dapat hias rumah dan hidangkan segala makanan sebelum tetamu sampai. Terima kasih kepada kawan hubby, Fazrul dan Bro Poji, yg sangat2 membantu dengan jayanya. 

Ara gitau hubby yg Ara nak keluar ronggeng dengan kawan2. Haha. Jadi, Ara minta hubby pun keluar sebab kalau tidak kang Ara rasa bersalah sebab Ara pegi berseronok tapi hubby dok rumah plak. Tak aci la macam tu, kata Ara. Hewhew. Masa inilah dengan tidak semena-mena Fazrul sms hubby dan minta hubby temankan dia ke bengkel motor. Sebenarnya sehari sebelum tu Ara dah sms Fazrul dan minta Fazrul ajak hubby keluar.

Setibanya hubby di bengkel motor, ada seorang kenalan lain, Bro Poji, yg ada di kedai makan berdekatan bengkel tu cakap nak datang rumah kami malam tu. Dia tetap berdegil nak datang walaupun hubby cakap yg Ara tak ada di rumah. Bila hubby sms dan bagitau yg Bro Poji nak datang rumah, jadi Ara pun cakap yg Ara akan balik ke rumah lebih awal. Rancangannya :)

STEP 7: DECORATE YOUR HOUSE
Ara cuma ada 4 jam sebelum majlis bermula. Penatnya hanya Allah yg tahu. Sofa ditolak rapat ke dinding (sorry neighbours atas bunyi bising!), carpet dihampar, tiup belon (habih nafas!) dan susun atur semua party items yg lain. Make sure everything is set properly.




STEP 8: RE-CONFIRM THE DETAILS WITH ALL YOUR FRIENDS.
Dan malam itu juga seharusnya anda re-confirm dengan semua kawan2. Ara minta kawan2 guna jalan lain untuk masuk ke kawasan rumah. Sebab kang kalau terserempak dengan hubby kan susah.

STEP 9: TUTUP SEMUA LAMPU
Bila semua jemputan dah sampai di rumah, Ara minta mereka masuk ke dalam rumah. Kasut mereka dan all their belongings semuanya ada dalam rumah sebab taknak hubby  perasan apa2 bila dia sampai nanti. Bila semuanya dah ready, Ara bagitahu hubby yg Ara dah sampai ke rumah dan minta dia pulang segera. Hubby pulang ke rumah dengan Bro Poji & family and few friends. Sempat lagi Ara buat hubby cuak bila Ara gitau dia yg Ara cuma beli makanan ngam2 untuk Abg Poji saja, tapi yg datang dengan hubby ni ramai plak. Haha. Lepas hubby buka pintu, keadaaan gelap gelita haa. Dan ada yg taburkan tepung atas kepala hubby dan letupkan party poppers tu. Sangat happening masa tu! Dengan keadaaan rumah yg sempit dan kawan2 yg saaaaangatlah ramai, party ini berlangsung dengan jayanya. Terima kasih semua!






STEP 10: MINTA MAAF PADA SUAMI!!! ;)
Ini yg paling wajib dilakukan.



"Syg minta maaf kerana terpaksa tipu itu ini dengan hubby.
 Syg buat semua ni untuk gembirakan b. 
Thanks for being my man."







Thursday, May 3, 2012

Hijab Phenomenon

In 1990's, ramai termasuk Ara hanya mengenali tudung bawal. Pegi pasar pakai tudung bawal, pegi mall, pegi knduri kawen, keluar rumah untuk angkat jemuran, tudung bawallah yg menjadi pilihan. Masa di sekolah dulu, tudung bawal warna hitam dan putih memang hot. Lepas tu, pinkan dgn keronsang kecik, seminggu (atau sebulan) tak buang2. Lepas tu berlubang bahagian yg dipinkan bawah dagu tu kaaaann. Eww tapi itu kebenarannya kan kan. Haha!



Ramai jugak yang kurang selesa dengan tudung bawal sebab pemakaiannya yang suka kembung sana kembung sini. Dan sangat OH BOSAN dengan style yg sama. Pin kanan bahu, pin kiri bahu, siap. Dan kemudiannya Kak Wardina Safiyyah muncul dengan selendang dan tudung yg dipin ke belakang kepala. Termasuklah Ara yg masa tu baru cecah 16 tahun, sibuk bergaya macam Kak Wardina. Hew hew. Rasa macam segak amat. Haha.


Credit to Google


Few years later, the phenomenon of Satin Shawl washed everything.


Satin Shawl


Untuk pengetahuan anda, fabrik satin ini sebenarnya datang dari China. Nama Satin itu sendiri sebenarnya datang daripada nama Pekan China yg bernama Zaitun. Ada lagi tak pekan nama Zaitun di China sekarang? Takkan jumpa. Sbb sekarang namanya ialah Quanzhou. Satin bukan sejenis saja tau. Satin terbahagi kepada beberapa jenis based on materialnya lah seperti duchess (cth: wedding dress), faconne/jacquard, slipper dan delustered satin.




Yuna dan Hana Tajima datang dengan pelbagai styles yg sangat stylo dan selesa. Kalau search di Youtube, berlambak hak (bahasa Kedah, meaning: terlalu banyak) video tutorial yg diupload oleh fashionista dan penjual2 tudung. Eh eh eh, takyah cari vid tutorial Ara di Youtube tau. Takda pun :D Alhamdulillah, fenomena dua selebriti inilah yang memberi income lebih kepada kami penjual tudung. Dan syukur pada Allah kerana ini menjadi titik tolak kepada ramai muslimah untuk menutup aurat.



Plain Bawal  - Dian Pelangi's style


Dan last year, Dian Pelangi muncul. Ke-famous-annya lebih terasa pada awal tahun ini. Ramai yg dah mula cari semula Tudung Bawal yg dah lama disimpan. Entah di gubuk mana pun dah tak ingat. Kecuali kalau anda seperti Mama saya. Selendang dan tudung neneknya pun Mama masih simpan. Katanya, fesyen itu takkan ke mana kerana ia akan berulang kembali seperti putaran roda. And she's true!


Plain Bawal by AraAmnan Boutique


Untuk menambahkan lagi kecantikan Tudung Bawal, tudung ini sekarang di-print dengan pelbagai corak. Corak yg stunning inilah yang jadi kegilaan ramai sekarang. Tambah2 lagi bila Datin Norjuma established her boutique, AIDIJUMA.



Leopard Bawal by AraAmnan Boutique

Yang pasti, anda juga boleh dapatkan tudung bawal ini dengan harga RM10 sahaja di AraAmnan Boutique. Cuma RM10, tak lebih :) Tak tahu mcm mana nak pakai cara Dian Pelangi? Kalau malas nak Google, malam nanti Ara ajarkan ye. Tunggu di AraAmnan Boutique. Oh, Bawal Leopard, Polkadot dan Safina dah tinggal few saja lagi. InsyaALLAH koleksi terbaru akan Ara publish di page butik pada esok malam.


Ingat cantik2 sekalian. 
Mahal itu tak penting. 
Yang utama, 
tutuplah aurat,
dgn sempurna.
Pesanan utk diri sendiri dan yg lain. 
Semoga kita menjadi yg terbaik di mata Allah S.W.T.

Friday, April 27, 2012

Where to RIADAH in Alor Setar

Siapa anak jati Negeri Jelapang Padi angkat tangan macam saya~~~~~~~


Kalau sebut pasal Alor Setaq, mesti ramai yang taktahu nak ke mana masa weekend. Alih2 pegi lepak-ing di Tasik Darul Aman, Jitra. Alih2 pegi makan rojak di Taman Jubli Perak. Dah muak dengan semua tempat tu?Jadi, apakata weekend ni kita pegi bersukan sambil melonggarkan otot muka (sebab gelak banyak) di ALOR SETAR RECREATION CENTRE SDN BHD (ASRC).




Untuk yg perak (taktahu) mcm Ara dulu2, ASRC ini terletak di Jln Kanchut. Lebih tepatnya di belakang Maxis Centre.





ASRC ini menyediakan:

  • Fitness Aerobic Class
  • Meeting Room
  • Swimming lessons (Adults & Children)
  • Cafeteria Service
  • Pro Shop (Sport Goods)
  • Ball Room Dancing Class
  • Line Dance Exe
  • Yoga Class
  • Table Tennis
  • Squash Court
  • Badminton Courts



Frankly speaking, tak sempat lagi nak merasa amenity yg disediakan, kecuali gelanggang badminton tu! Ada lapan courts semuanya. Boleh booking siap2, cuma RM8 sejam. 






Kalau balik kampung, my father in law selalu ajak datang sini. Tak pernah menang kalau lawan dengan Bapak. Having pleasant time with my new family :)




BUkan masa di kampung saja, seronok jugak bila petang2 lepas balik dari ofis kami main badminton. Kawasan ville ni berbukit-bukau, jadi has to find d best place. Even parking lot pun jadi! Wee.


Mana lagi nak pergi weekend ni? 
Balik ke kampung. 
Itu yang lebih manis bila Allah masih beri peluang menatap 
wajah ibu dan abah kesayangan. 

Friday, April 20, 2012

Alat Solek Wajib Ada!

Siapa yang tak suka bersolek angkat tangan macam saya.........


Tak suka bersolek ekkkk..Jangan tipu cek na! Sebenarnya, semua wanita itu bersolek. Anda pakai bedak itupun salah satu dari solekan tau. Cuma yang membezakannya ialah jenis solekan samada solekan natural, solekan bereeeett (berat), dll. Dan kuasa solekan ini sebenarnya ada pada tangan anda. Check tangan masing2. Ada nampak aura kuasa tu tak? :p



"PRESENTABLE SHOWS CONFIDENT"



Alat solek wajib ada dalam tas tangan saya?

  • Gincu Janji Kasih dari Simply Siti 
  • Gincu warna Coral Pearl dari Maybelline
  • Gincu warna Raspberry Sorbet dari Avon
  • Gincu warna Roses dari IN2IT
  • Bedak padat Natural dari Silkygirl


Wee banyaknya lipstick! Ada lagi atas meja solek tu :D
Sy jarang, atau dengan kata lain, langsung tak ada gincu warna nude kerana sy saaaangat menggemari warna pink! Tahu tak yang warna deep pink ini memberikan keyakinan kepada anda. Berani untuk tampil dengan lebih yakin ;) Warna merah makngah?? Who cares. Wanita kelihatan lebih anggun jika mengenakan warna ini pada bibir. Tapi, haruslah kena pada suasana dan pakaiannya. People always say that, "pakai je apapun, asalkan kita rasa selesa".



"CONFIDENCE IS KEY. U DON'T BELIEVE IN YOURSELF, THEN NOBODY WILL"



Apa lagi yang patut anda miliki? Penggaris mata, maskara, pengilat bibir, pembayang mata, pemerah pipi, and the list goes on....Anda pun tahu macam mana kuasa solekan boleh mengubah wajah anda.



"STOP SAYING I CAN'T. YOU CAN. YOU JUST CHOOSE NOT TO"





"Duit tidak dapat membeli kebahagian. 
Penelitian dalam Jurnal Personal Relationship mendapati kebahagiaan
 pada wanita bergantung kepada penampilan fizikal." 
Majalah Rapi, 15 Januari 2012

Friday, March 2, 2012

How Time Flies Fast: Life for Two

I repeat. HOW TIME FLIES FAST.



A year ago, sy masih seorang practical student terhormat yg selalu merengek pada Abah dan Mama dan pada Abah Jit BSN, Cheknot BSN dan Encik Amnan Zakaria T_T Six months later, sy dah berada di Kuala Lumpu-q, seeking for a job like crazy, went to many horrible interviews (haaaaa takut??!!), and now I'M MARRIED! Thanx Allah, Tuhan kami Yg Satu kerana memudahkan segala-galanya yang telah dirancang LAST MINUTE!


How I'm grateful to have an understanding family. 
Tq :)



I lived in Setapak, KL dulunya. Sy sangat suka singgah di Souvenir Shop di Sri Rampai sebab kat situ sangat banyak barangan comel2 dan ala-ala British style. Semua barangan rumah like beautiful white mirror with English design, tempat letak kunci, sarung bantal, bla bla bla. But, don't expect like IKEA okay. This isn't one stop shop for your house furniture. Ini untuk barang2 kecik saja maaa.






So now Ara & Amnan have moved to Ampang. Life is so sweet to be just two of us :) W/pun hanya Tuhan yg tahu betapa penatnya sy memasak after work, tp rasa sangat seronok bila dapat makan sama2 dan bila dapat tengok my husband senyum kekenyangan. Heee :D As other wives, this is not a burden, yet this is a proof of love, the real love and a responsibility. Air mata saya selalu jatuh bila mengenangkan Mama. Sy pernah menangis teresak-esak dalam bathroom sebab saya amat rindukan Mama, sy amat rasa terhutang budi pada Mama. Betapa Mama sangat tabah. Become a housewife is not as easy as I think. How my mom can handle all 5 of us without fail. Air mata sy jatuh lagi saat ini.



Sy sangat suka memasak. But yeah, semuanya adalah kali pertama kecuali untuk masakan sambal, pindang, asam pedas, kari ikan, etc. Most of the time, Mama selalu masak dengan ikan kembong, eleh KL la sangat. IKAN TERMENUNG! Since hubby say no to ikan dan dia sangat gilakan ayam, so I cooked chicken dish every day! Imagine that. Before going home from office, saya google resipi. wee sungguh, saya bukan Chef Liza.


Ini website resipi yg sangat membantu saya: http://www.myresipi.com/



I've tried these dibantu website tersebut:



Weekend ni mari masak berjemaah di rumah masing2 ye ;)
But yeah, hujung minggu ni sangat sibuk. Sebab Ara dan Amnan akan re-opening our AraAmnan Bputique,
Need to do few photoshoot, editing dan paling penting adalah memastikan our lappy dalam keadaan sihat.
Sebab we are doing online business :)



Jadi, stay tuned for our next collection.
Selamat berhujung minggu.




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me