Tuesday, December 20, 2011

I'M SINGLE - Surat Untuk Awak

Sehingga saat ini sy masih seorang bujang. 
Masih anak dara En. Gani-Jameela tanpa apa2 status yang sah ;)


Mama selalu pesan, kalau nak cari jodoh mestilah cari dari keturunan yang baik2, yg punya aura kepimpinan yg baik, yg tegas2 gitu untuk anak dara dia yg manja2 ini. Hee. Dulu Mama dan Abah lah orang yang selalu garu2 kepala sebab cikgu panggil anaknya yang seorang ini. Cikgu panggil sebab ada surat cinta bawah meja. Bila dah selalu sangat surat sebegitu dicuri2 letak oleh unknown, cikgu biarkan saja. Budak2 hingusan katanya. Masa tu sy cuma tahu yg surat tu untuk sy. 



Tapi yg pasti perkataan cinta yg ditulis dalam tu bukanlah cinta yg sebenar. Cewaaahh! Sekali kena babab dgn guru besar kat perhimpunan Ahad baru tau ah!

Cikgu 'paksa' sy masuk Singing Competition for Standard 2. Sy nak!! Heeeee sbb sy perasan yg suara sy lebih sedap dari....dari semua orang..Ha ha ha! Sakan punya perasaan dia! ;p Masa hari pertandingan, tiada siapa yg menemani sy. Tapi sy nampak awak ada kat depan tu. Bila pengerusi majlis panggil nama sy, sy menggeletar lutut. Takut nak menyanyi sambil control skirt pendek tu. Sy menyanyi depan awak. Sy menyanyi lagu itu utk awak.


You are my sunshine
my only sunshine
you make me happy
when skies are grey
you never know dear
how much I love you
please don't take my sunshine away




Semenjak hari tu kita dah tak pernah jumpa sehinggalah lima tahun yg lepas. Awak dah besar, sy masih kecik macam dulu ;) sekarang ni baru awak tahu kenapa saya terlalu nervous masa nak nyanyikan lagu My Sunshine  15 tahun yg lalu. Awak dah tahu kenapa sy pegang2 skirt masa nyanyi lagu tu. Tapi awak janji tanak kasitau orang lain kan  T___T


P/S: Boleh tak kita mintak Najwa Latiff buat lagu untuk kita..
       Sebab kita berjumpa kembali di Friendster, bukan di Facebook :)




6 comments:

Anonymous said...

Happy for you syarafina. Semoga semuanya berjalan lancar. Jangan lupa jemput muna tau!

Ara Amnan said...

Muna: Tqvm, Muna. InsyaAllah kenduri nanti Ara jemput semuanya. Doakan semuanya lancar :>

N Irdina Zakaria said...

alolo sweet nya love story dya.muaheheheehe

Ara Amnan said...

Dina: ^_____^

atiqah halim said...

bffffff..bukan ke mu kepik2 skirt tu sbb mu x ber....then yg laki ats tu baam ka??awt comey sgt weh...dlu kurus lar bambam....hahaha...anyway congrat for both of u...suka nengok kamu dua happy2...

Ara Amnan said...

BFF Tiqtiq: Hahaha teeet! Hanya org yg tertentu saja tahu sebabnya. SHhhhh!Tq untuk doa tu ^^